Pantun Aurat Wanita

Wednesday, December 30, 2009


Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

(Jangan jadi cam gambar diatas tu ye)

Read more...

Kondom


Seorang lelaki telah pergi ke kedai ubat dengan anak lelakinya yang berumur 8 tahun. Semasa didalam kedai tersebut, mereka telah melalui seksyen yang mempamirkan pelbagai jenis kondom dan berbagi jenis package.

Anak: Ayah apakah benda ini?

Ayah: Owh........ in adalah kondom. Kita lelaki perlu memakainya untuk menghindarkan penyakit terutama ketika melakukan seks bebas atau untuk membuat pelan keluarga.

Anak: Yelah ayah, saya pernah dengar perkara ini semasa pelajaran kesihatan di sekolah.

Si anak sangat tertarik dengan berbagai jenis kondom yang dipamirkan lalu mengambil bungkusan kondom yang menggandungi 3 pek.

Anak: Ayah kenapa kondom ini dipek 3 kotak sekali gus.

Ayah: Owh.... ini untuk budak-budak sekolah menegah. 1 untuk hari Jumaat, 1 untuk hari Sabtu dan 1 untuk hari Ahad.

Anak: Hehehe.... hah yang ne kenapa ada 6 dalam satu pek...untuk siapa ke pulak ayah?

Ayah: Ha yang ne pulak untuk budak-budak universiti.... 2 untuk hari Jumaat, 2 untuk hari Sabtu dan 2 untuk hari Ahad.

Anak: WOW! Ha yang ini ada 12. Yang ni saya tau ayah.... kondom ini untuk orang yang dah kahwin ..... kena pakai hari-hari. Betul tak ayah?

Ayah dengan muka yang kurang bermaya dan bengang menjawab

Ayah: Alah yang ini memang untuk orang dah kahwin tapi...... 1 untuk bulan January, 1 untuk bulan February, 1 untuk bulan March... Tetapi kadang dalam 1 bulan pun tak pakai...................

Read more...

Haji dan Kain Kafannya

Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama

Hj.Teepo. Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada.

Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan

dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya berpuluh juta, hasil

penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang

beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan

kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak

dihiraukannya.

Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam

(orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo

disahkan oleh doktor

mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa

sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan

dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama

ini.

Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. Kain yang dah

buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak

merasa kemewahan di dunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa

ke akhirat," jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata. "Kenapa

begitu bang?" tanya isterinya"Saja aku nak merasa pakai kain

buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam,tapi hatinya

berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga

kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."


Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah

sugul, Hj.Teepo berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh

dan terkoyak sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir

kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo.


"Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang

meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan

dengan kain yang dah buruk.

Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah

insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"

Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah,

mari rapat kepadaku" isteri HjTeepo terus menghampiri suaminya.

Dengan nada yang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu,

terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai

orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I

rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya

masih ragu-ragu. "Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh

diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya

lagi.

"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang

buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama

mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti

mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang...."

Read more...

Robot Pembohong

Wednesday, December 16, 2009

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu…

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

“Kamu dari mana?” tanya Samad.
“Ada pelajaran tambahan ayah”, jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.
“Nak,ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!"

“Maaf ayah… saya baru habis menonton movie di rumah kawan…”.
“Cerita apa?
“Cerita Papadom ayah”.
*PLANG*
“Katakan dengan jujur cerita apa?!”
“Maaf ayah… saya tengok cerita lucah”.

Mendengarkan itu marahlah Samad.

“Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie."

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika…
Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata…

“Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…”

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…

dan semua terdiam…

Kredit to skycrewz

Read more...