Why do we read Quran????

Monday, September 15, 2008

This is a beautiful story of an Old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern
Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Qur'an. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.
One day the grandson asked, "Grandpa! I try to read the Qur'an just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does
reading the Qur'an do?"
The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, "Ta ke this coal basket down to the river and bring me back a basket of water."
The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, "You'll have to move a little faster next time," and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead. The old man said, "I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough," and he went out the door to watch the boy try again.
At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would Leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, "See Grandpa, it's useless!"
"So you think it is useless?" The old man said, "Look at the basket."
The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.
"Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be Changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives."


Read more...

Malaysia diSERANG!!!!!

AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas.. ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia ...lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan. Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang malaysia ...

AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan.

Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah.

Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq dan Lubnan.

Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita...YB Wakil Rakyat ... Parlimen dan ADUN...Tauke- tauke yang kaya... semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.

Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya. Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab.. .Khalifah Ali Abi Thalib...Khalifah Khalid Al-Walid... Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi... yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh
Islam.

SAAT Peperangan bermula....

Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom...melancar peluru berpandu... membedil... menembak Rakyat Malaysia... mereka membunuh Orang tua... perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita...sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!

AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi pesawat musuh silih berganti.... .

Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang....datang lagi pesawat musuh silih berganti....

Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO ... diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya... menghujani bom-bom dan roket... kemudian Johor dan negeri sembilan dapat ditawan tentera musuh.

Anda di berada di Kedah....Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara...tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda... menendang pintu rumah anda....anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah...

Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda...sebagaimana tentera Serbia memperkosa umat Islam Bosnia ... muncung senapang ditujukan di kepala anda...

Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2006 ... diajukan muncung senapang...

DAMMMMMM...anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu...



Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak.. anda tidak mempunyai perasaan apa-apa... sekarang berlaku kepada diri sendiri... baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata.....

Anda menangis ketakutan... .

Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak...untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati....tetapi umur anda masih panjang....anda masih hidup...anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri....

Anda mengalirkan air mata... INGAT AKAN ALLAH....

Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.

Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri.

Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini....

Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata...Anak kecil ditembak didepan mata... Isteri dirampas untuk diperkosa... . didepan mata!!!! kawan-kawan. ..sahabat taulan... ramai yang terkorban.. dan tidak kurang juga yang cedera parahh..

Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri...mereka tidak bernasib baik seperti anda...

Diatas bukit itu juga...anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat... menggeledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah...tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa...

Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti....

Apa yang anda Harapkan pada masa itu???? Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali...BANTUAN ALLAH....

BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH...ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA ... ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!!! ANDA MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA , SELATAN THAILAND , BANGLADESH , PAKISTAN ,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN... ..BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI......

Tetapi tunggu punya tunggu....bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba...



ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN menyatakan:

"Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia "

(Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)

"Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti...setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu"(Presiden NAM )

"Alhamdulillah. .. Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan.. .Kita semua patut bersyukur... kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana yang aman harmoni" <--- Pemimpin Malaysia selalu sebut. (Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai)

"Tak apa... selepas peperangan tamat... Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia " (Wakil Penduduk Islam Selatan Thailand )

"Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan" (Pemimpin Arab Saudi)..bagi komen dan pendapat...

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA??

p/s : reneung2kanlah....

Read more...

"lailatulQadar???"

Thursday, September 11, 2008

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah. 

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan. 

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur. 

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja. 

Ganjil! Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib. 

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku. 

"Kenapa?" tanya Abah. 

"Lailatuqadar, " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah. 

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?" 

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini. 

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh, " sambung Abah memaki lagi. 

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.

Read more...

Logo kemerdekaan yg ke 51

Thursday, August 28, 2008



dah nak merdeka nih.....tapi korang tau tak logo merdeka yg baru??????

Read more...

Rogayah yang terkantoi

Rogayah mengigit bibir. Tangannya mengenggam erat tiang. Sejuk dari besi yang kejab dalam genggamnya bagai bersatu dengan urat, menjalar dalam darah dan seterusnya menghasilkan getaran pada tempurung lututnya.

Sungguh Rogayah tak paham, kenapa semua memandang? Kenapa semua orang berbisik sambil tersengih atau mencebik lepas memandang ke arahnya. Kenapa Whyyy?? Tapi semua itu hanya berkumpul dan berputar dalam kepala hotaknya. Tak mampu diluahkan.

Rogayah memandang kasut. Hari ni dia pakai kasut kaler putih. Hujung kasut itu tirus, dan tapaknya warna hitam. Rasanya kasut itu tak bersalah. Tak mungkin kasut itu mampu mencuri perhatian.

Rogayah teliti pula seluar slacknya yang menyalut kaki. Takder sleknya! Koyak kot? Tak mungkin, Rogayah berkira-kira sendiri. Seluar itu baru dibelinya 2 minggu lepas. Kat Pasaraya Jasko. Kaler pun krim, takderlah pelik benor ngan orang lain. Lainlah kalau kaler striking ke, pokka dot ke, peliklah jugak.

Baju... Hari ni Rogayah pakai kemeja biru gelap. Pun tak pelik jugakkan ? Tangan Rogayah cepat2 meraba butang baju satu persatu. Fuh lega! Semuanya terletak elok. Baju berlengan 3/4 itu terletak elok dibadanya. Nak kata seksi, seksi lagi amoi yang sedang tersengguk2 ngantuk didepannya. Baju takde lengan, mini skrit... Memang tak heran la kalau semua orang mengerling. Tapi kenapa aku?

Mungkin kah aku cun sesangat hari ni? Boleh jadi jugak, fikir Rogayah. Hatinya mula kembang kencup. Tapi senyuman Rogayah mati semula. Seorang makcik yang duduk dibangku sebelah kiri kemudian mengerling tajam. Kemudian berbisik sesuatu ditelinga anak kecil sebelahnya. Rogayah lihat anak kecil itu memandang tidak berkelip ke arahnya sambil tersengih. Kenapaaaaa.. ... ?? Sekali lagi Rogayah bertempik dalam hati.

"Stesen Tasik Selatan.." Rogayah melepaskan nafas lega mendengar penguguman dari drebar LRT. Ah, kejab lagi segalanya akan berakhir, fikir Rogayah. Mungkin semua orang yang duduk berhampirannya dalam LRT dah gila. Tak pernah tangok perempuan cun cam aku kot, telah Rogayah lagi.

Rogayah tolak cermin kaca. Baru pukul 8.40 pagi. Rogayah jalan pelan2 ke arah mesin punch card. Macam biasa, dia di antara orang yang paling awal sampai opis. "Morning... " Rogayah menugur kak Kiah, cleaner yang tengah sibuk mengelap meja. Rogayah terus menuju maja. Kak Kiah memang serius orangnya. Nak senyum pun susah, lebihkan CEO company pulak.

"Rogayah.." Rogayah menoleh ke arah Kak Kiah.

Aik? Senyum pulak orang tua ni pepagi ni!

"Rogayah tak puasa ke??" Tangan kak Kiah menunjukkan ke arah bungkusan teh tarik dan nasi lemak ditangan rogayah .

Arghhhh... Patutlah!!!! Kali ini Rogayah tak bertempik dalam hati lagi, memang menjerit betul2!!

Hari pertama Ramadhan 1427 akan dikenang Rogayah sampai bila2...

Moral: Kalau tak posa tu cover2 la... org lain senggugut jugak..

Read more...

lawak sedut sedut

Tuesday, August 12, 2008

 Dalam suatu pertandingan di dapati ketiga-tiga orang yang mengambil bahagian telah mendapat markah yang sama. Untuk menentukan pemenang, pengadil menyarankan di adakan pertandingan sedut-sedut dengan hidung. Sesiapa yang paling banyak menyedut benda masuk ke hidungnya akan di istiharkan sebagai pemenang.

Pengadil meletakkan benda-benda kecil seperti cebisan kertas, kacang hijau dan lain2 di atas meja untuk tujuan di sedut dengan hidung. Ketiga peserta yang datangkan dari seluruh penjuru duniapun bersedia. Pengadil memulai pertandingan.

Peserta Pertama datang dari Afrika,... .(peserta pertama pun bersedia) Siapppp ... . Yak!..Dan tiba tiba saja meja di depan peserta pertama Hilang.Semua penonton hairan dan takjub. Sungguh luar biasa. Pengadil berkata "Peserta pertama berhasil menghisap sebuah mejaaa!",

Peserta kedua dari Amerika pun mulai bersedia untuk memulakan sedutan. Huuusp!... . Tiba-tiba saja, 3 buah meja di depan peserta kedua hilang... . semua penonton bertambah hairan dan takjub. Pengadil Berkata "Peserta kedua berhasil menyedut 3 buah meja... !!",

Sekarang giliran peserta ke tiga... .dari Malaysia. Semua penonton meng booo kerana mereka percaya... sudah tentu tak dapat menyedut kecuali beberapa biji kacang hijau bolehlah agaknya. Ketika peserta ketiga baru mengambil tempat untuk memulakan sedutan hidungnya... tiba tiba... ..zupsssss stadium menjadi gelap dan lampu mati.

Lalu tak lama kemudian pengadil membuat pengumuman dan berkata : "Saudara saudara para penonton sekalian... Peserta ketiga berjaya menyedut sebuah stadium dan Kita semua berada dalam hidungnya ... ... ... .!""

Read more...

JARING "sedut"

Sunday, August 10, 2008


jaring is sooooo suck...soooooo slow....soooo uncool......

Read more...