lembu part 1

Wednesday, October 8, 2008


seorang pemuda yang miskin tinggal bersama seekor lembu peninggalan bapanya,kehidupannya amat daif sehinggakan nak makan pun susah.pada satu hari pemuda ni mendapat idea lalu membawa lembunya pergi ke bandar.tiba di bandar pemuda itu mula menjerit :

"sesiapa yang berjaya membuat lembu aku ni duduk aku akan bg hadiah RM1 juta,tapi kalau tidak berjaya akan didenda RM100!!!"

datang la orang ramai berpusu-pusu untuk mencuba nasib,dari yang kecik ke yg tua,yg kurus ke yang gemuk,yang lembik ke yang gagah tetapi semua x berjaya. pendapatan si pemuda ni semakin baik dari hari ke hari,dan dia berjaya mengumpul RM1 juta sehingga datang la seorang panglima yang perkasa cuba mendudukkan lembu tersebut, di hentaknya lembu tu,diterajang kakinya,ditarik supaya jatuh tetapi lembu tu tetap x nak duduk..

selepas panglima tu try datang plak sorang budak kecik nak cuba duduk kan lembu tu. semua orang gelakkan budak kecik ni, "panglima yg gagah ni pun x boleh nak dudukkan lembu ni,ko yang kecik ni plak nak dudukkan lembu ni, apa lg g la try?"kata pemuda kepada budak kecik tu.

budak kecik ni pun pusing keliling macam cari sesuatu kat lembu tu,pastu tetiba je lembu tu duduk dengan keempat2 kaki terlipat. orang ramai mula rasa pelik macam mana budak ni boleh dudukkan lembu tu,dengan selamber budak tu jawab :

"lembu ni kan lembu jantan,aku jentik je telur dia sampai senak tu yang terduduk tu!!!!"
part 2 akan menyusul......

Read more...

lembu part 2

setelah kehilangan duit RM 1 juta kat budak kecik tu,pemuda ni rasa x puas hati,nak disqualified x boleh sebab dia x nyatakan undang2 x boleh jentik telur,
dia pun mencari idea nak kumpul balik duit RM1 juta.pemuda tu g bandar lg kali ni dia menjerit :

"sesiapa yang dapat membuat lembu aku ni geleng kepala aku bg RM 1 juta,tapi kalau tidak berjaya akan didenda RM100!!!"

orang ramai yang dengar pun cuba nasib lagi kali ni,tapi semua x berjaya gak.dapat la lg pemuda ni kumpul RM1 juta,dalam tu panglima yg gagah tu pun x puas hati coz kalah ngan budak kecik,dia pun try lagi,di tariknya tanduk lembu tu,x geleng gak,ditarik telinga lembu tu,x geleng gak, akhirnya dia give up.

budak kecik yang dah kaya ni pun datang lg nak try,"kali ni nak gelengkan kepala lembu pulak,macam mana ko nak wat,ko jentik telur dia lg pun x guna,hahahahaha" kata pemuda tu kat budak kecik tu.

macam biasa,budak kecik ni pun pusing keliling lembu tu pastu g kat kepala lembu tu,tetiba je lembu tu geleng kepala macam lembu gila.pemuda tu pun naik heran, " apa yang ko wat ngan lembu aklu?" tanya pemuda tu lg

sekali lg dengan selamber budak tu jawab "aku tanya lembu tu nak kena jentik kat telur lagi ke x?"


hehehe...part3  nanti ok!!!!

Read more...

najis kecik...najis besar...

Tuesday, October 7, 2008

Semoga dijadikan iktibar bukan bahan ketawa, hari ni hari dia mungkin besok hari kita.

Betul tak. Masa zaman kami dulu tok imam tu tanya "ko orang islam nak kawin nak cuba tanya soalan sikit yang saya ingat. :-

a) Cuba Mengucap
b) Apa rukun dan fardunya.

Berpeluh juga BEB.

Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya.

Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar.....Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut.

Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok siling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu...bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi....tok kadi mula senyum...

Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar. Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata.

Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi....tapi bila pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana ...taik gajah... besar betul..nak2 bila gajah makan durian.

Read more...

Pontianak di dusun durian

Monday, October 6, 2008


Cerita hangat ni saya dpt dr kawan yang dapat dari sepupu dier kat Melaka,Kg. Gadek
kira-kira 4 minggu yang lepas ... kesahihan yg tiada kepastian .
Satu malam tu, adala sorang mamat sedang menunggu durian gugur di sebuah pondok burok, tunggu punya tunggu maka ternampak lah dia satu lembaga terbang lalu minum air yang terdapat dilopak berhampiran,dibiarkan saja ia berlalu kerana dia kesaorangan .


Keesokkan harinya, diceritakanlah kepada rakan-rakannya. Kat situ ada lah pulak seorang tua terdengar lalu berkata, "kenapa tak ambil paku dan cucukan padanya, pasti ia akan bertukar menjadi wanita yang cantik dan kau bolehlah mengawininya..",sambil memberi mamat tu sebatang paku sepanjang 6 inci.

Keesokan malamnya mamat tu menunggu durian lagi, maka terjadilah apayang disangkanya macam malam lepas, pontianak itu pun turun lagi untuk minum air dilopak tersebut, dengan segera pemuda tu berlari lalu mencucokkan paku di dibelakangnya, pontianak itu terbang dengan suara yang agak kesakitan tambah menyeramkan. Terpinga-pinga pemuda tersebut melihatnya... ..Maka keesokan hari, dia memberitahu orang tua tu perkaraberlaku, lantas dia ditegur oleh ! orang tua tu kerana pemuda tu tersalah cucuk paku, (yang sepatutnya di cucok ditengah ubun-ubun kepala pontianak itu. Tapi mamat tu pergi cucuk ditengkoknya,apa lagi, meraungla dia... !)

Malam itu ditunggunyalah lagi mamat tu ditompek biaso,pondok durian, sambil berharap malam tu akan berhasillah usahanya itu. Tapi agak sekian lama ditunggunya (agaknya pontianak tu lambat pasal nak cabut paku semalam tulah kot... .!). Jenuh jugalah dia menunggu, maka hampir terlelaplah dia, tetiba datanglah pontianak itu, jeng..! jeng..! jeng..!

Dengan ghairah dan berani sekali diajukanlah paku itu ditengah-tengah kepala pontianak t! u untuk mencucoknya.TAPI dengan tak disangka-sangka, pemuda tu tergaman seketika lalu lari lintang pukang... ... !

Kenapa pulak... . Sipontianak pulak bila lepas minum lalu terbang dengan senang hati sambil ketawa mengilai-ngilai.Keesokan harinya, pemuda tu mengeloh panjang sambil mengadu didepan orang tua tu, kerana tak dapat mencucok paku dikepala pontianak dan harapannya untuk kawin dengan perempuan cantik musnah, hampeh dan buang karan
jer... ... ..!!!! "Apo sobabnyo jang... ?", orang tua itu bertanya pada pemuda tu.
"Pak cik nak tahu sobabnyo... ... ... ... ...


PONTIANAK TU PAKAI HELMET LAH... ... !!

Laaaaa... ... ... wkakkkakaak..huhuhuh ..hampehss nye pontianak...

Read more...

Alfatihah untuk Izan (1987-2008)

Kepada rakan semesta, kita telah kehilangan seorang kawan pada pukul 4 petang tadi….

Beliau meninggal akibat penyakit yang telah menyerang beliau daripada sekolah dulu….

Alfatihah kepada beliau…semoga roh nya dicucuri rahmat…


 


 

Read more...

kisah cinta org bijak

Sunday, October 5, 2008


Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??

Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian 

Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.

Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar 

Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.

Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan perolakan.

Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

Mu: Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah 
kau tidak percaye?

Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!

Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau blum mendarabkannya 
dengan 6x10'23.

Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugakk yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Mu: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini.Biarkan aku sendirian... ... ..

Read more...

Kisah Si Koboi Yang Hampeh


Seorang Koboi Pulang Dari Sebuah Kota Dengan Menunggang Kudanya Melewati Gurun. Dia Dikejutkan Oleh Seekor Ular Yang Menghalangi Jalannya, Lalu Si Koboi Turun Dengan Pisau Ditangannya, Ketika Ditangkap Ular Itu Untuk Dibunuh Si Ular Berkata :

Si Ular : "Jangan Bunuh Saya, Saya Adalah Seorang Pari-Pari".

Si Koboi Terkejut, Dan Masih Ragu, Lalu Bertanya :

Si Koboi : "Jika Kamu Pari-Pari Apa Yang Saya Minta Akan Dikabulkan ?". Tanya Si Koboi.
Si Ular : "Jika Kamu Tidak Percaya Lepaskan Dulu Saya, Dan Apa Permintaan Kamu Wahai Koboi?". Kata Si Ular Itu.

Lalu Si Koboi Melepaskan Si Ular Itu, Lalu Dia Berkata :

Si Koboi : "Saya Mempunyai 3 (Tiga) Permintaan, Iaitu Yang Pertama, Saya Mahu Wajah Saya Hensem Macam Lionardo Dikopiko, Yang Kedua badan Saya Setegap Arnold, Yang Ketiga "Anu" Saya Sebesar "anu" Kuda Yang Saya Tunggangi Itu". Sambil Menunjukkan Jari Ke Kudanya.

Si Ular Berkata Dengan Tenang :

"Sonang Bai Tuuuu, Esok Kamu Boleh Lihat Dicermin Apa Yang Terjadi, Sudah Ya, Saya Pergi Tata Titi Tutu". Kata Si Ular Sambil Pergi Masuk Semak-Samun Dan Menghilang.

Lalu Si Koboi Itu Naik Kudanya Meneruskan Perjalanan Menuju Rumahnya. Memang Hari Sudah Lewat Dan Sesampai Di Rumah Si Koboy Berdiri Di Depan Cermin Dan Berkata :

"Besok Kalau Tidak Ada Perubahan Siaplahh!, Aku Potong Kepalamu Wahai Ularr!". Sambil Berjalan Dia Masuk Ke
Bilik Dan "Z z Z z " Ketiduran.

Keesokan Harinya Si Koboi Bangun Pagi-Pagi Dan Terus Menuju Cermin, Dan Apa Yang Terjadi, Si Koboi Tergezut Gorilla Dan Gembiraaa, Dilihatnya Wajahnya Mirip Lionardo Dikopiko Dengan Senyum Bangga, Lalu Dia Membuka Baju Melihat Badannya Sudah Berubah Dengan Otot Yang Menonjol, Dia Memperagakannya Gaya-Gaya Bodybuilder, Kemudian Dia Membuka Seluarnya Dan Dia Terkejut Triple King-Kong Sekali, Dan Berteriak :

"Tidak-Tidak. Ini Tidak Mungkin, TIDAAAAAAAAAAAAAAAAK!!!!!!!".

Ternyata Dia Lupa, Dan Baru Ingat Bahawa Kuda Yang Ditungganginya Semalam Itu Adalah Kuda Betina...!!.

ekekekekekeee...lawak tak???


Read more...