cara nak kuruskan badan

Saturday, October 11, 2008

Seorang mamat yg mmg gemuk masuk ke sebuah fitness center dgn niat utk menguruskan badan. Seorang lelaki di kaunter bertanya kepada mamat tadi, "Kami menawarkan 2 program di sini... RM50 utk versi 'Biasa' dan RM100 utk versi 'Cepat'.
"Saya ingat nak ambil yg biasa punya sebab saya baru
je nak try kuruskan badan", kata mamat tadi. "OK. Encik sila masuk ke bilik NO. 5 di penjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter.

Mamat tadi pun masuk laa ke bilik yg di suruh lalu menutup pintunya. Selang 2 minit kemudian, datang laa seorang perempuan yg mmg lawa, cantik, body best, mantap dan segalanya. Dia kemudian menanggalkan kesemua pakaian sehinggakan mamat tadi dah xsenang duduk dan berpeluh2. Perempuan tadi berkata, "Kalau tuan dapat kejar saya, tuan bole buat aaaaapa saja dgn saya... hik hik hik" dan dia terus berlari di dalam bilik itu. Mamat tadi pun kejar punya kejar, sampai 10 minit, pun xdapat2 jugak. Dia try lagi sampai akhirnya, dia jatuh terjelepuk ke lantai... pengsan. Apabila dia sedar, dia terus ke penimbang dan mendapati beran badannya telah turun 3kg.
"Wow! Mmg berbaloi aku bayar RM50... mmg senang rupanya nak kuruskan badan",

katanya sendirian. Esoknya, dia datang lagi ke situ dan terus ditegur oleh lelaki di kaunter.

Setelah diberitahu program2 seperti semalam jugak, dia bersetuju untuk try versi 'Cepat'. "OK. Encik sila masuk ke
bilik NO. 6 dipenjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter. Setelah beberapa minit didalam bilik itu, datanglaa seorang body-builder yang taff dan terus melondehkan pakaiannya. Body-builder itu berkata, "Saya akan kejar kamu dlm bilik ini dan kalau saya dapat... . hehehe"

Read more...

Lawak pendek dapur paling bersih

Sepasang suami isteri merayakan ulang tahun perkahwinannya dengan makan malam di sebuah restoran. Ketika mereka hendak meninggalkan restoran tersebut, mereka ditanya oleh pemilik restoran yang berdiri di pintu.

Pemilik: "Bagaimana perasaan Anda terhadap hidangan dan layanankami?"
Lelaki: " Adasatu perkara yang boleh saya katakan.. Anda memiliki dapur yang paling bersih di bandar ini."
Pemilik: "Dapur yang paling bersih?... Anda kan tidak pergi ke dapur. Bagaimana Anda boleh tahu yang dapur kamilah yang paling bersih?"
Lelaki: "Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun."

Read more...

Pengalaman di Highway Gua Musang

Thursday, October 9, 2008

Kisah terjadi sewaktu aku dan Razman dlm perjalanan pulang dari Kelantan ke Kuala Lumpur. Kereta yang aku pandu meluncur laju merentas highwayyg Gua Musang ketika itu lengang..(Pesanan Penaja: kalau boleh, jgn drive sorang2 kat area nih!)

Jam ditangan menunjukkan pukul 9 malam, kami singgah di Perhentian R & R untuk berehat dan makan malam. Selepas makan kami meneruskan perjalanan yang ternyata masih jauh lagi. Sepanjang perjalanan, aku lihat Razman kelihatan mendiamkan diri sahaja.

Kemudian aku bersuara " eh Man? senyap je..asal? kenyang sangat ke?"

Razman masih mendiamkan diri.... aku semakin suspen...(kenape dia nih?) kataku dlm hati...

Razman bersuara secara tiba-tiba...

" Is,.. kalau aku cerita seram sikit, agaknya2 kau takut tak?" tanya Razman sambil memalingkan mukanya tepat kearah aku. Serius benar wajahnya...dia
nih..lain aku tanya..lain pulak dia jawab.

"Errrr... cerita hantu ke??? eh..he..he..he... apasal tetiba je nih? citer lain takde ke? " tanya aku kehairanan, dlm hati cuak ju ak.

" takdelah..cuma, tempat kita berhenti tadi, reminds me abt satu story yg my cousin cerita kat aku dulu....." jawabnya.

"oo..kisah benar ke? ermmm.. ok..ok.. citerlah..tak takut.. eh jap..jap..aku tutup radio" kata aku sambil menekan off pada butang radio.

"... tadi kita berhenti kan...ko perasan tak ade satu parking space yg gelap tuh?"

"OoOooo... ..ok.... .so?"

" Dulu,.. cousin aku penah cerita,.. dalam pukul 2 pagi mcm tu,adalah sorang lelaki yg park kereta dia kat situ sbb mengantuk sangat.Actually, memula dia
takut jugak, sbb dia drive sorang2, tapi masa dia memula park, adalah dlm 2-3 buah kereta lagik kat situ, so,kira adelah org jugak, takdelah seram sangat.
Jadi dia pun tidolah...

........ setelah beberapa jam selepas itu, dia terjaga. Suasan senyap sunyi.. Dia memandang kekiri dan kekanan, tiada satu orang pun disitu. Ternyatalah
tinggal keretanya sahaja yang berada dikawasan gelap tersebut.."

Razman bercerita, aku kusyuk mendengarnya. Kemudian Razman menyambung lagi sambil menyalakan sebatang rokoknya.

" ... Kemudian, setelah mendapati dia tinggal seorang, hati lelaki itu mula rasa tak sedap, terus dia menghidupkan enjin keretanya. Tetapi ntah mcm mana,
kerana panik yang amat sangat, lelaki ini terasa mahu membuang air kecil pulak. Walaupun dia cuba memujuk dirinya utk bertahan hingga ke tempat lain, tetapi ternyata dia mmg tak boleh tahan...

Walaupun kakinya terasa berat utk keluar dari keretanya, tetapi dia gagahi juga..., angin diawal pagi meniup dingin.......terlalu dingin sehinggakan dia berpeluk tubuh. Lelaki itu kemudian berjalan ke arah tandas yang kurang 10 meter dari keretanya.....

Sedang dia berjalan, dia samar-samar terdengar bunyi tapak kaki dibelakangnya. Bulu romanya berdiri tegak, bunyi itu semakin kuat, seakan-akan mengekorinya.Lelaki itu menoleh......tapi....tiada siapa di belakangnya...

Dia meneruskan perjalanan.. bunyi tapak kaki kedengaran lagi.

Bunyinya tidak seperti bunyi tapak kaki manusia..... kelekuk... kelekuk... kelekuk.....

...seperti kuda. lelaki itu mula panik, terkumat kamit bibir lelaki itu membaca sesuatu... badannya mula seram sejuk.....

tiba-tiba..satu gugusan angin tiba-tiba menerpa menghembus ke mukanya....bunyi hentakan tapak semakin kuat, lelaki itu memberanikan diri untuk menoleh belakang sekali lagi.

Mahunya dia terpengsan melihat kelibat makhluk berbadan kambing berkepala manusia dibelakangnya. Wajah makhluk sungguh pucat merenung tepat
kearahnya... biji matanya berlendir ,.... mulutnya seakan terbuka, kelihatan darah menitis-nitis dari mulut makhluk itu tanpa henti, matanya merah berair,
... rambutnya panjang mengurai.....kulitnya mengelupas bernanah....

lelaki itu mahu menjerit,tetapi mulutnya seakan-akan dikunci...

Makhluk itu menghampiri dirinya...setapak demi setapak dia melangkah ....kakinya itu tidak dapat berganjak... dirinya bagai dipukau, tubuhnya tidak
dapat bergerak..., keringat sejuk mula membasahi pipinya, dia yakin makhluk itu akan membunuhnya.....

Makhluk itu semakin mendekatinya...kedengaran dengusan nafas yg sungguh menggerunkan.... .lutut lelaki itu bergetar....

Dengan pandangan yg tajam, makhluk itu membuka mulut
dan bersuara,......
















DIMANA DIA ANAK KAMBING SAYA.....
ANAK KAMBING SAYA ADA DIDALAM GUA.....
DIMANA DIA BUAH HATI SAYA....
BUAH HATI SAYA,DAH KAHWIN ORANG KAYA.........

ooohhhhhhHHHHH..CHAN MALI CHAN!" CHAN MALI CHAN! CHAN
MALI CHAN! CHAN MALI CHAN! KETIPONG PAYONG

"Oi! Oi!" (ader suara background lagik.....)

"CHAN MALI CHAN!" "Oi Oi "CHAN MALI CHAN!
KETIPONNNNGGGG PAYONGGGGG...oooOOOOHHHH"

Everybody!...let's sing together!!!!!!! CHAN MALI CHAN

OI OI CHAN MALI CHAN OI OI CHAN MALI CHAN KETIPONGGGGG

PAYONG.....

Everybody..c'mon!... clap your hand!... CHAN MALI CHAN
OI
OI CHAN MALI CHAN OI OI CHAN MALI CHAN KETIPONGGGGG PAYOOOOOONGGGGG!...





kehkehkeh....aku pun terkena juga....

Read more...

cerita dlm lif

Ada Empat Orang Tengah Tunggu Lif. Sorang Tu Doktor,
Sorang Lagi Tu Engineer, Yang Ketiga Tu Peguam Dan Yang Last Sekali
Tok Imam.Tengah-Tengah Boring Dok Tunggu Lif Tuh, Datang
Le Sorang Awek Cun Yang Teramat-Amatlah Seksi.

Bila Lif Sampai Semua Orang Pun Naik Le. Dalam Masa
Lif Tu Nak Naik Ke Atas, Tiba-Tiba Elektrik Terputus. Lif Tu Pun
Berhentilah Dengan Tiba-Tiba Dalam Keadaan Gelap Gelita. Dalam Black Out
Tu, Mulalah Ada Salah Sorang Dari Melaun Tu Gatal Pulak Nak Buat
Kurang Ajar Dengan Pompuan Seksi Tu. Puas Dia Dok Meraba Pompuan Tu Dalam Gelap!


Tiba-Tiba, Elektrik Dah Okay Balik. Pompuan Tu Pun Tengok Kat Si
Engineer, Lepas Tu Kat Si Doktor, Ketiga Kat Si Peguam. Last Sekali Kat
Tok Imam. Dengan Geramnya Minah Tu Bagi Si Tok Imam Satu Penampar Jepun Yang Teramatlah Kuat."Heiii, Tua-Tua Bangka Pun Ada
Hati Nak Meraba Lagi Tu !!!"
Jerit Si Pompuan Seksi Sambil Menunjuk Bijik
Penumbuknya Kat Muka Tok Iimam Tu..

Soalan : Ngapa Pompuan Tu Sure Gila Tok Imam Tu Yang Buat Dajal?


Kerana. ......Tok Imam Tu Sorang Je Laki!!..hehehehehe

Read more...

HADIAH HARIJADI

Hasan nak belikan hadiah harijadi untuk kekasih
barunya, Mek Ayu. So si Hasan ni pun ajaklah adik
perempuan sepupunya untuk
temankan dia shopping kat Sogo. Oleh kerana Hasan dan
Mek Ayu baru dua bulan berkawan jadi si Hasan membuat keputusan
untuk membelikan Mek Ayu satu topi kain fesyen baru
saje, supaya taklah nampak dia beriya-iya sangat. 

Adik sepupu Hasan pulak pegi beli satu seluar dalam hitam berbunga-bunga baru, sebab ada sale hari tu. Masa membayar, dengan tak sengaja cashier dah TERTUKAR
kotak topi kain hitam tu dengan seluar dalam hitam
adik Hasan ! 


Selepas membayar, Hasan pun terus pergi ke
kaunter hadiah dan suruh diorang bungkus tanpa check dulu.
Kemudian dia balik ke rumah dan tulis surat untuk Mek Ayu serta mengeposkannya bersama hadiah yang dah tersilap tu.


(Dan surat yang dia tulis tu berbunyi cam nie);


Istimewa untuk kekasihku Mek Ayu, San pilih hadiah nie
kerana Ayu tak pernah pakai bila kita keluar jalan-jalan dan selalu mengadu sebab panas. Kalau bukan sebab pasal adik sepupu San, San dah nak beli yang lagi jarang supaya kalau berpeluh tak lembap sangat.


Tapi San tengok adik sepupu San pakai yang ada bunga tu nampak cantik pulak.San pilih warna hitam tu supaya tak nampak kotor. Promoter yang jual tu tunjuk dia punya dah seminggu tak basuh. Nampak elok saje. San suruh dia try Ayu punya sebab saiz promoter tu lebih kurang Ayu je.

Memang cantik dan menarik! Harapnya Ayu suka sebab San
rasa memang sesuai dengan Ayu. Tak sabar rasanya nak tengok Ayu pakai depan San. San harap Ayu akan pakai untuk San hujung minggu nie. Salam sayang untuk kekasihku,Mek Ayu.


Yang amat menyintai dan menyayangi dirimu,
Hasan Borgiba

P/S : Kalau Ayu nak pakai, San nampak stail terbaru
ialah dengan melipat bahagian depan dan menampakkan
sedikit rambut.

Read more...

KISAH SERAM UITM SHAH ALAM


Cerita ini telah diceritakan oleh seseorang kepada saya. Perkara nie jadi 2 tahun lepas....masa tu member aku belajar kat itmshah alam masa dok kat kolej jati seksyen 2 tuh.... dia nie kira berani jugak orang nyer.... susah ler aku jumpa orang cam dia nie....kira kalau setakat lepak kat padang kawat uitm shah alam tuh sampai pukul 2 pagi tu rilek jerk.. isk tak berani aku....korang? sampaikan pak guard and mak guard pun dah naik maleh nak tegur sikap dia tuh.. Gamaknyer pakguard pun takut nak tegur kot tapi memang berani mamat sekor nie...

Nak dijadikan cerita nyer.... satu hari tuh dia gaduh ngan awek dia dak mass comm....... so malam tuh dia tak bleh nak tidur... asyik mengenangkan kes siang tadi.... jadi dia keluar dari bilik then lepak kat satu kawasan yg agak tinggi yg ader kat uitm s/a tuh............. sedang dia lepak untuk menikmati keindahan alam........dia perasan ader 3 objek di bawah cerun bukit yg dia sedang lepak tuh..... aku memula ingat dia nak lari ker ..aper ker....rupanyer member aku nie kata Dia stay kat situ gak sebab dia kata nak tengok benda tuh... aiseh... kalau aku ler..dah lama hilang... member aku nie stay tengok benda tu...benda tuh melompat-lompat mendaki lereng bukit itu dan jelas menuju kearah... member aku nie... bila member aku nie tengok bebetul dia kata benda tu tak ubah seperti antu pocong!!!!! isk...ngeri giler ... tapi ader satu keanehan ... member aku kata masa dia tengok benda tuh...dia pun dah nak lari dah..tapi kaki dia dah lembek giler... nak melangkah pun dah tak boleh dia kata... member aku kata dia hanya berserah jerk.... macam aku cakap tadi.. ada satu keanehan..dimana... semasa objek tuh sedang mendaki lereng bukit tuh... salah satu daripada benda yg macam antu pocong tuh jatuh dan bergolek golek jatuh kembali kebawah..... Bila member aku nie tengok salah satu dari lembaga tu jatuh,dia terkejut laa jugak.. dia terus perhati.... perhati punyer perhati....satu lagi lembaga tuh jatuh..... tapi satu lagi terus meloncat loncat menuju kearah member aku nie..... member aku nie agak takut sikit..tapi nak lari dah tak bleh dah.... sian kat kawan aku nie..kan........ tu la berani sangat......lembaga tu terus meloncat-lompat kearah member aku nie..... tiba satu masa tu lembaga tuh dah ader didepan dia..........entah camana member aku jadik berani plak..... Dia tanya kat lembaga tu...... dia tanya cam nie.... "hoi lembaga.....kenapa member ko tuh jatuh kebawah..tak macam ko boleh melompat-lompat lagi.........."? Lembaga tu jawap plak.... "diorang tu pakai bateri biasa jerk... pakcik pakai..energizer...." he he he..

Read more...

aku hulk?????huh???

Wednesday, October 8, 2008

buhsan buhsan..sudah aku katekan yg hidup aku buhsan....boring2 bukak blog org aku nampak byk blogger buat survey "whick superhero you are?"....so aku try ler.....ape result nyer...kat bawah daa....

Your results:
You are Hulk

























Hulk
65%
Spider-Man
60%
Green Lantern
60%
Robin
57%
Catwoman
50%
Superman
45%
Batman
45%
The Flash
40%
Supergirl
38%
Iron Man
35%
Wonder Woman
23%
You are a wanderer with
amazing strength.


Click here to take the "Which Superhero am I?" quiz...


ces.....hulk...takbesh langsung jadi mamat ijou....

p/s

aku benci wonderpet....pemusnah jiwa kanak2 sedunia.....go to hell wonderpet!!!!!!!!



Wonderpets, wonderpets kami datang,
Bantu kawan yang kesusahan,
Kami tak besar dan kami tak kuat,
Bila bekerjasama semua jadi mudah..
Apa yang penting, kerjaaasama..~
Apa yang penting, kerjaaasama..~



(post nih adalah post seorang blogger yg sunyi lagi bosan.....)

Read more...