Just for Laughs

Tuesday, January 6, 2009

DON’T LOOK AT NAKED LADY
Boy 1: Why do you run from a naked lady?
Boy 2: Becos my mum said that if I look at a naked lady, I’ll turn into stone. A part of me is getting hard already!

NAMES OF WIVES
A malay man had 4 wives, and he called his…
4th wife….. baby doll
3rd wife….. china doll
2nd wife…..barbie doll
1st wife….. panadol !

HOW INDIA GOT ITS NAME
This is how India got its name…..
The king was having sex with his mistress while thinking a name of his country and his mistress ask him “is it In Dear?”…

RESEARCH FINDING
Research shows men are fatter than women because
every-night men get fresh milk & 2 papayas
women only get 1 banana, 2 peanuts & 1 tea-spoon of starch!

ARAB MAN
An arab was being interviewed at a US checkpoint.
‘Your name pls.’?
“Abdul Aziz ”
“Sex? ”
“Six times a week!! ”
“No, no, I mean male or female! ”
“Doesn’t matters, sometimes even camel !”

SERVICE
Sex is like a restaurant.
Sometimes you get full satisfactory service, and sometimes you have to be satisfied with self-service”

HAPPY MAN
What makes a happy man?
Daughter on the cover of cosmo.
Son on the cover of sports illustrated.
Mistress on the cover of playboy
and .. Wife on the cover of “missing persons”

SWIMSUIT
Why was the 2-piece swimsuit invented?
To separate the HAIRY section from the DAIRY section.

GOOD AMBITION
Teacher: What do you want to become?
Little Johnny: Doctor !!
Teacher: Why?
Little Johnny: Coz its the only profession where u can tell a woman to take off her clothes and ask her husband to pay for it.

DENTIST
Woman complaining to dentist: “It’s so painful, I’ll rather have a baby than have a tooth removed.”
Dentist: “Make up your mind soon, I’ll adjust the chair accordingly.”

VIRGIN
Old lady, 85, a virgin, about to die. wanted her tombstone to read :
BORN A VIRGIN, LIVED A VIRGIN, DIED A VIRGIN.
The engraver shortened it to: ” RETURNED UNOPENED ”

OLD MAN AND YOUNG GIRL
75 yr old man got married to a 15 yr girl.
On their first night both were crying - why???
Coz she didn’t know anything, and he had forgotten everything. 

Pssttt: Haha, made my day!! korang?

Read more...

teka-tekuk

a) Apa beza kacang panjang dengan seluar panjang??

-Seluar panjang kalau dipotong jadi seluar pendek, tapi kacang panjang kalau dipotong tetap namanye kacang panjang aaa...


B) Banyak-banyak mi, mi ape yang takleh di makan??

-Misai


C) Ada orang ni nak naik bas.Dia ada 50 sen saja. Tambang bas ke tempat dia nak pegi tu 60 sen. Mcm mana dia nak pegi tempat tu?

-Dia buat muka seposen je..50 sen + 10 sen=60 sen


E) Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi die nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok ape tumbuh dulu?

-Dua2 tak tumbuh pasal Pak Ali tanam separuh jek..


F) Burung ape yg boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk ?

-Penguin

G) Banyak2 katak, katak ape yg bole bercakap?

-Katakanlahhhhhh... (Hazami kod)..


H) Tersebut kisah,ada seorang wanita yg menamakan anaknya nama FATIMAH, kenapa ?

-Sebab anak tu perempuan..huar..huar..huar..


I) Tempat apa ini... ... peserta dia pakai uniform, selalu bertambah & tak akan berkurangan?

-Tempat Perkuburan... (serammm... heyyy maknusia..!!)


M) Badannya hijau, matanya merah dan berjalan mengundur, taik warna kelabu taik anjing. apa dia?

-Lingkaran nyamuk Shieldtox


N) Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?

-Bahrain (b`coz bah dulu, rain komdian)


O) Macammana nak pegi haji kalau duit tak de?

-Jangan isap rokok. Duit tu kalau kumpul sehari RM5, setahun dah RM 1,800. 10 towun dah dapat RM 18,000. Dah boleh pegi haji. ..Lagi.. kurangkan pakai hp..

Read more...

korean mariah carey

Monday, January 5, 2009

aku takde komen...korang layan je le....

Read more...

tiga sekawan

Ada tiga sahabat, satu kura-kura..satu lagi katak..yang last ulat gongok. Suatu hari kura-kura mengundang dua temannya kerumahnya buat jamuan kecil-kecilan. So.. mereka bertiga buat le pesta kecil di rumah kura-kura 

Setelah asyik borak, makan, minum and lain-lain... 
si katak berkata : 'Eh..dari tadi rasanya ada macam benda yang kurang la..korang perasan tak?....Ha ... patut..la rokok dah abis....... ' 

Kura-kura: 'Iya la..sorryla gua lupa lak standby satu ....beli jer kat warong depan tuh!' 
Katak: 'apsal aku plak......kau kan tuan rumah' 
Kura-kura: 'ye la.... tapi bertahun la korang nak menunggu....siapa lagi cepat ' 
Katak: 'so kalau gitu mintak je ulat gongok tolong.... 
Kura-kura: 'Oh iya ya.. ulat gongok tolong gi jap' 
Ulat Gonggok: 'aiya.....korang ajela' 
Katak: 'ala ..gi saja la kita orang dah undi kau' 

Akhirnya si Ulat gongok pergi juga untuk membeli rokok. Si Katak dan Kura-kura menunggu ...... 

Lima minit menunggu...si Ulat gongok tak tiba juga...10 minit..20 minit...satu jam...dan sampai tiga jam Ulat gongok masih taktimbul-timbul. 

Katak: 'Ulat gongok pegi mana hah tak sampai-sampai..?' 
Kura-kura: 'Iye la .. risau jugak, jom kita cari!' 
Katak: 'Jom..!' 

Bila jer kura-kura buka pintu...Ulat gongok sudah pun berada di depan pintu. 

Kura-kura: 'Hah tu pon dia..!' 
Katak: '...mana rokoknya..mulut aku dah kering sangat ni..?!' 
Ulat Gonggok .: '..apa rokok-rokok...aku jalan pon belom..!!' 
Katak: 'Haah tak bergerak lagi ...jadi dari tadi buat apa...?' 
Ulat Gonggok .: 'Yeeeeeeeeelaaaaa..korang tak nampak ke ni...aku tak abis lagi PAKAI KASUT..!!!!!'

Read more...

Profesor dan Pemandu

ada la seorang pemandu yg bekerja sebagai pemandu seorang profesor yg bijaksana..
pada setiap hari......

pemandu itu duduk di belakang dewan kuliah untuk menunggu profesor itu habis menyampaikan ilmunya.Boleh dikatakan setiap hari pemandu itu mendengar setiap ilmu yg disampaikan oleh profesor itu dan boleh hafal apa yg akan diperkatakan oleh profesor......semua soalan yg dikemukakan oleh para pelajar dijawab dengan mudak oleh profesor...semakin hari semakin jemu untuk mendengar apa yg disampaikan oleh profesor......

Pada suatu hari si pemandu ingin menukar tempat dengan si profesor, dgn rasa hati yg terbuka mereka pun menukar tempat...... yg profesor menjadi pemandu, yg pemandu menjadi profesor, dalam hati kedua-dua berkata "sungguh best yer kerja macam ni"............ sampai di satu dewan kuliah yg lain si pemandu yg menyamar pun masok ke dalam dewan kuliah dan menyampaikan segala apa yg patut disampaikan oleh si profesor..... si profesor yg sebenar duduk di belakang mendengar apa yg di sampaikan oleh pemandu itu.....si profesor berasa bangga apa yg disampaikan oleh pemandu itu....apabila tiba sesi bertanya semua soalan dapat dijawab dengan mudah dan lancar.... tiba-tiba seorang student yg boleh diperkatakan bijak menanya satu soalan yg tak pernah didengari.................... dengan muka selamba si pemandu itu berkata "alamak apesal la awak menanyakan soalan yg begitu mudah!!!! soalan itu pemandu saya pun boleh jawab.....driverrr tolong bagitau jawapannya" dengan bangga si profesor yg menyamar sebagai pemandu itu menjawab soalan itu..... dengan mudah.

Read more...

Lampu Suluh

Kisah ini adalah berkenaan Orang Sakit Mental di Hospital Bahagia Tanjung
Rambutan.

Ahmad telah menjalani rawatan hampir 5 tahun di Hospital Bahagia. Dan
melalui pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan Ahmad dah makin pulih. Dan
Dr buat keputusan untuk benarkan Ahmad pulang. Ahmad dipanggil untuk
pemeriksaan terakhir.

"Ahmad saya nak tanya satu soalan sebelum saya benarkan Ahmad pulang. Kalau
Ahmad jawab eluk saya benarkan Ahmad pulang..kalau tidak Ahmad akan tunggu
sini sedikit masa lagi" Terang Doktor pada Ahmad.

"Baik Doktor Ahmad sedia menjawab" jawab Ahmad dengan tenang.

Doktor mengambil Lampu suluh dan menyalakannya..dan dihalakan ke
dinding..(cahaya lampu tersebut berbentuk bulat didinding bilik Doktor).

"Awak nampak cahaya tu" tanya Doktor

"Nampak Doktor" jawab Ahmad tersenyum.

"Awak panjat dan tangkap cahaya tu Ahmad" arah Doktor tu pada Ahmad.

"Kat Dinding tu?" tanya Ahmad tersenyum.

"Ye laaa" jawab Doktor.

"Hi hi hi saya tak gila lah Doktor......tak nak lah saya buat.." jawab Ahmad

"mm..oklah Ahmad..awak dibebaskan hari ini...awak lulus ujian saya.." Doktor
berpuas hati.

Ahmad pun keluar dengan bag nya diiringi oleh pembantu kesihatan ke pintu
gate.

"Tunggu tunggu Ahmad" Doktor memanggil balik Ahmad.

"Kenapa Ahmad tak nak panjat dinding tu Ahmad?" tanya Doktor tu sebagai
soalan terakhir.

"Hi hi hi...Doktor ingat saya bodoh ker Doktor.....kalau saya
panjat.....saya pegang cahaya tu....Doktor tutup lampu suluh tu nanti..tentu
saya akan terjatuh..." jawab Ahmad selamba

"mm..Ahmad tidur sini setahun lagi lah yer Ahmad" kata Doktor pada Ahmad.

"Baik nya doktor....." sukanya hati Ahmad.

Read more...

nenek yg sengal!!!

Suatu petang di sebuah 'supermarket'....Seorang lelaki muda tengah berjalan di bahagian barang-barang dapur apabila dia terperasan seorang perempuan tua yang tengah memandangnya dengan mata yang tak berkelip-kelip. 

Lelaki muda itu pun terasa pelik..dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya dia perasan lagi yang perempuan tua tu masih juga memandang dan mengekorinya. Last-last lelaki tu pun buat dek jer, sebab dia ingat dia yang perasan. Lepas mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki muda tu pun berjalan menuju ke kaunter untuk membayar barang-barangnya tetapi di pertengahan jalan perempuan tua tadi tuh cepat-cepat memintas dan berdiri di depannya. 

"maafkan makcik nak!!" kata perempuan itu. "Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tak selesa dengan pandangan makcik tadi. Makcik bukannya apa, cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan lepas" Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah dia faham kenapa perempuan itu asyik aje memandangnya. Timbul rasa kesian di hati lelaki itu.

"Oh, begitu ke ceritanya makcik? maaflah saya tak tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya lelaki muda itu.

"Aaaa.... mak cik ada satu permintaan kecil kalau anak tak keberatan" kata perempuan itu. "... bila makcik dah nak jalan keluar boleh tak anak lambai dan cakap 'babai...mak!!'? Terubat betul rindu makcik jika anak dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam tuh pada makcik".

"Oh boleh... takde masalah" kata lelaki muda tu. Setelah cashier memasukkkan semua barang-barangnya ke dalam plastik, perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arahlelaki muda itu. Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung "Babai, mak!!!!".

Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hati yang kesian, lelaki itu pun bergerak ke cashier untuk membayar barang-barangnya.

"Jumlah semuanya RM130.70 ye encik," kata cashier supermarket tuh. Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh.

"Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit jer macamana pulak sampai seratus lebih ni?" tanya lelaki itu.

"Habis tuh mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!" kata cashier tuh.

"Haah???????!!!!"....
   

Read more...