politik????!!!

Thursday, November 13, 2008

Sebuah keluarga dari golongan
pertengahan, di mana suami dan isteri
bekerja. Mereka mempunyai dua orang
anak. Seorang lelaki berusia 9 tahun dan
seorang perempuan berusia setahun.
Segala urusan rumah dikendalikan oleh
seorang pembantu rumah Indonesia.

Pada suatu malam, ketika sedang makan
malam sekeluarga, si anak sulung yang
berusia 9 tahun itu bertanya pada si
ayah, "Ayah, apa itu politik?". Tersedak
si ayah mendengar persoalan anaknya itu.
Jawab ayah, "Politik itu macam keluarga
kita. Ayah dapatkan wang untuk keluarga
kita, ayah adalah kapitalis. Mama
gunakan wang itu untuk menguruskan
keluarga kita. Jadi mama adalah
kerajaan. Kakak pembantu rumah kita
adalah golongan pekerja. Kamu adalah
rakyat dan adik kamu adalah generasi
masa depan. Faham?"

Kelipok-kelipok mata si anak kejam
celik. Memang tidak faham. Lantas si ibu
mencelah, "Tak apa, malam ini waktu
hendak tidur, kamu fikirkan apa yang
ayah cakap dan cuba faham okay." Jadi
semalaman si anak berusia 9 tahun itu
tidak dapat lelapkan matanya berfikir
tentang politik. Sehingga akhir sekali
dia menjadi jemu dan hampir terlelap.
Pada waktu itulah, si adik buat
perangai. Meraung tengah-tengah malam
pulak. Si anak itu pergi ke bilik ibu
dan ayahnya hendak memberitahu bahawa
adiknya yang bernama Abdullah itu sedang
meraung kerana pampersnya sudah penuh
najis. Sampai di bilik dia lihat si ibu
sedang lena tidur. Walau berkali-kali
dipanggil, si ibu tetap tidur. Di lihat
si ayah pula tiada di sebelah ibu. Jemu
mengejutkan ibu yang tak bangun-bangun,
dia mengambil keputusan ke bilik
pembantu rumah. Bila dibuka bilik
pembantu rumah, dia lihat si ayah sedang
'membelasah' si pembantu Indonesia itu.
Akhir sekali si anak terpaksa menyalin
pampers adiknya sendiri.

Sewaktu bersarapan esok pagi, si ayah
bertanya, "Dah faham apa itu politik?.
Si anak yang sedang selera makan selamba
menjawab, "Dah!". Si ayah dan ibu
terkejut dengan jawapan selamba itu.
Lantas si ibu mencelah, "jadi apa dia
politik tu?". Si anak tanpa mengangkat
muka melihat ayah dan ibunya, dengan
tenang menjawab. "sewaktu kerajaan
sedang asyik tidur, golongan kapitalis
menodai golongan pekerja. Akibatnya
rakyat di abaikan dan masa depan
bergelumang najis! Itulah politik". Kali
ini mata si ayah dan si ibu pulak yang
kelipok-kelipok pejam celik

0 comments: