kecacatan kecil???
Friday, April 3, 2009
Rizal adalah seorang lelaki yg sangat tampan dan sempurna.Oleh kerana itu, dia mengembara untuk mencari jodoh yang sepadan dengannya. Ketika sampai disebuah kampung,dia bertemu dengan seorang petani yang mempunyai 3 orang anak perempuan dan semuanya sangat cantik. Rizal menemui petani itu dan mengatakan bahawa dia ingin mengahwini salah seorang anaknya tapi ingin memilih yang piling sempurna. Petani menyuruh Rizal membuat penilain satu persatu dan Rizal bersetuju. Hari pertama dia berdua-duaan dengan anak pertama. Ketika pulang,dia berkata kepada Petani," Anak pertama pakcik memiliki satu kecacatan kecil, iaitu jari kaki kirinya lebih kecil dari jari kanan." Hari berikutnya dia keluar dengan anak yang kedua dan ketika pulang dia berkata,"Anak kedua pakcik juga ada kecacatan yang sebenarnya sangat kecil iaitu matanya sedikit juling." Akhirnya pergilah dia dengan anak yang ketiga. Ketika pulang dia dengan gembira berjumpa dengan petani dan berkata,"inilah yang saya cari-cari. dia benar-benar sempurna." Lalu menikahlah Rizal dengan anak ketiga Petani tersebut. Sembilan bulan kemudian isterinya melahirkan seorang bayi. Dengan penuh gembira, Rizal menyambut kelahiran anak pertamanya. Ketika anaknya lahir, dia sangat terkejut dan kecewa kerana anaknya sangatlah hodoh. Dia berjumpa ayah mertuanya dan bertanya " Kenapa jadi macam ni ayah?. Anak ayah cantik dan saya Tampan, Kenapa anak saya sehodoh itu..?"" Petani menjawab," Sebenarnya isteri kamu pun ada kecacatan kecil yang kamu tidak nampak iaitu dia telah mengandung dulu semasa kamu menikah dengannya.”
0 comments:
Post a Comment