Haji dan Kain Kafannya

Wednesday, December 30, 2009

Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama

Hj.Teepo. Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada.

Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan

dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya berpuluh juta, hasil

penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang

beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan

kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak

dihiraukannya.

Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam

(orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo

disahkan oleh doktor

mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa

sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan

dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama

ini.

Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. Kain yang dah

buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak

merasa kemewahan di dunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa

ke akhirat," jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata. "Kenapa

begitu bang?" tanya isterinya"Saja aku nak merasa pakai kain

buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam,tapi hatinya

berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga

kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."


Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah

sugul, Hj.Teepo berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh

dan terkoyak sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir

kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo.


"Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang

meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan

dengan kain yang dah buruk.

Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah

insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"

Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah,

mari rapat kepadaku" isteri HjTeepo terus menghampiri suaminya.

Dengan nada yang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu,

terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai

orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I

rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya

masih ragu-ragu. "Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh

diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya

lagi.

"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang

buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama

mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti

mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang...."

0 comments: