takde otak???

Friday, January 9, 2009

Pada suatu hari, seorang pelajar yang aktif dalam perlumbaan haram 

telah mendapat habuannya. Kemalangan itu begitu ngeri hingga 

sebatang besi telah tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi itu 

tidak mengenai otak, pelajar itu mempunyai harapan untuk 

diselamatkan. Mendengar penjelasan doktor itu, bapa berkenaan 

berkata: "Dia akan selamat kerana besi itu pasti tidak dapat mengenai 

otaknya." Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus 

bertanya: "Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan 

isya'Allah pun pak cik tak sebut?". Sampuk si bapa: "Masakan besi itu 

boleh mengenai otaknya kerana dia memang tak ada otak, kalau dia 

ada otak, tentu dia tak buat kerja gila lagi merbahaya ini, buat abis duit 

aku jer anto belajor!".

0 comments: