Kemik...

Thursday, February 26, 2009

Chot baru habis main bolasepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di
keretanya, Chot dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu
keretanya seperti terkena bolasepak.

Keesokkan harinya, Chot membawa kereta itu ke woksyop. Mekanik di
woksyop tu yang sememangnya tahu akan ke'bendul'an Chot, cuba nak
mempermainkan Chot. Dia memberitahu, sekiranya Chot meniup melalui
lubang ekzos keretanya itu... pintu yang kemik itu akan kembung kembali
dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala.

Maka, Chot pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos
keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Chot meniup dengan lebih kuat
lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.

Teman serumahnya, Chet... keluar dan bertanya, 'Apa hang buat tu?' Chot
menjelaskan kepada Chet bagaimana mekanik di woksyop tadi telah
mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di pintu
keretanya akan kembung semula.

Chet menggeleng-gelengka n kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata,
'HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hang kena tutup semua cermin
tingkap kereta ni dulu!'

0 comments: