Hotel 5 bintang

Friday, March 20, 2009

Sepasang suami isteri dalam perjalanan ke bandar dan
kerana jaraknya yang jauh, mereka siggah untuk
menginap di sebuah hotel sebelum meneruskan perjalanan
keesokan paginya.
Akhirnya mereka bertemu dengan sebuah Hotel yang cukup
bagus walaupun tidak berbintang dan bermalam. Keesokan
paginya ketika akan keluar hotel, mereka dikenakan
bayaran RM 200.00
“Hah? Ini kadar hotel 5 bintang. Awak tak salah kira
ke?” tanya si suami terkejut.
Dia meminta dipanggilkan pengurus hotel dan membantah
harga yang terlalu mahal. Setelah mendengar dengan
penuh perhatian, pengurus berkata, “Hotel ABCD ini
dilengkapi dengan kolam renang taraf antarabangsa,
ruang persidangan dan berbagai hiburan semuanya
bertaraf antarabangsa.”
“Tapi kami tidak langsung menggunakan kemudahan
tersebut,” kata si suami berkeras.
“Salah Encik sendiri. kemudahan itu disediakan untuk dimanfaatkan,” kata
si pengurus tak mau kalah.
Setelah termenung sejenak si suami membuka dompetnya, mengeluarkan wang
RM 50.00.. dan mengulurkannya kepada pengurus tersebut.
“Ini baru RM 50.00?” tanya pengurus.
“Baki RM 150.00 lagi tu saya dah bayar… iaitu saya
relakan Encik tidur dengan isteri saya”
“Tapi saya tidak tidur dengan isteri Encik…”
“Salah Encik sendiri. ianya sudah tersedia semalaman,
kenapa tidak dimanfaatkan…”

0 comments: