lawak budak budak

Saturday, March 28, 2009

nak ku coretkan kisah dimana ada le 5 orang budak sekolah rendah ni yang dah kenakan aku tempoh hari dengan teka teki yang betoii memeningkan kepala aku jap tu...semasa aku bertemu diorang nie saja aku tanya tanya sekolah dimana? darjah berapa? tinggal kat mana? ..lepas tu mula lah mereka nie nak test IQ orang tua macam aku nie.......begini al kisahnya,...

Budak 1: "Pak cik saya nak beri satu teka teki kalau pak cik terror(bagus) cuba teka ..hijau campur hijau jadi warna apa???" katanya...
Aku:secara sepontan bersuara.."Hijau"(dalam hati ingatkan warna cat le??)
Budak 1."Apa le Pak cik nie. jawabnya merah le"
Aku: "macamana le pulak nie" ..(kebinggungan. .)
Budak 1:"Ya..le " duit warna hijau RM5 campur duit warna hijau RM5 jadi mesti le duit warna merah RM10..apa le pak cik nie tak tahu..

Budak 2."Ok pak cik saya pulak, bunga apa warna nya hitam.."
Aku: "ha..senang sikit nie''bunga cengkih kataku"
Budak 2: "salah bunga cengkih warna cokelat kehitaman ..jawapan yang betul ialah tayar kereta..bunga die warna yang paling hitam"

Budak 3" Pak cik kalau burung hantu waktu siang hari dia tidur dan waktu malam hari dia jaga dan terbang cari makan' kalau le ayam di siang buat apa?"
Aku:"secara sepontan gak le jawap.."Dia berkokok le nak siang hari""
Budak 3:"Salah lagi tu..pak cik"!!, jawapan nya bila siang apa lagi dilumur dengan kunyit le ayam tu buat lauk goreng le??"""

Budak 4."Pak cik!! burger apa yang sentiasa suka dan riang ria""
Aku: Burger..burger apa le pulak tu tak tahu le pak cik..
Budak 4"Jawapannya ..BERGEMBIRA le""..

Budak 5"Ok last saya punya turn lak" Pak cik tahu tak ada banyak nama benggali singh cuba pak cik sebutkan."
Aku :Ok seorang bernama Karam Singh..ada bernama Kapal Singh.ada bernama Bara Singh banyak lagi.."
Budak 5 :"Ok bagus cuba teka seorang benggali (Singh) yang boleh dan pandai bernyanyi lagu""..
Aku:"Haa. Singer Singh""jawapku
Budak 5:"Salah le jawapan dia ialah D.J DAVE..penyanyi berbangsa singh le jugak tu cuma dia tak pakai turban je""
Aku:" apa le korang nie hampeeh betoiii le""
Semua bebudak tu ketawakan ku

0 comments: