sesku sedang exam!!!!
Monday, October 27, 2008
kepada pembaca blog ini...sesku sedang pekse final exam so kene lah stadi...jadi post lawak mungkin akan kurang la dlm 2/3 minggu.....doakan sesku agar sakses...ok layanlah 3 lawak terbaru ini.......
pak pandir dan henpon
Pada suatu hari,ada seorang yang kaya raya tapi buta teknologi
namanya Pak Pandir, datang ke Kuala Lumpur. Ia berasal dari sebuah
daerah yang sangat terpencil jauh di dalam hutan. Ia datang ke
sebuah kedai handphone. "Saya mahu beli handphone yang paling baru,
mahal dan canggih", katanya dengan nada sombong. "Ini encik,
handphone yang encik inginkan...tapi wang encik cukup ke?", tanya
pemilik kedai tidak yakin.
"Ini duit tiga ribu", jawab Pak Pandir. "Tapi handphonenya tak boleh
hidup pun?" marah Pak Pandir. "Oh, encik perlu beli sim card ...
baru boleh guna". "Saya beli sim cardnya" jawab Pak Pandir. Tak lama
kemudian, urusan mereka pun selesai dan Pak Pandir kembali ke
kampungnya.
Sesampai di kampung, handphonenya tak boleh digunakan, Pak Pandir
rasa marah dan segera pergi ke Kuala Lumpur semula.
"Awak tipu saya ya!!!Handphone saya tak boleh buat
panggilan!!!!!!!!!!" marah Pak Pandir. "Oooooo......mungkin tak ada
signal encik".
"Saya beli signalnya sekali. Kalau jual handphone jangan lupa jual
signalnya sekali"
anak kerbau
Seorang guru bahasa inggeris sedang menyoal Abu.
Guru: If the young of a pig called piglet, what is the
young of a bull called?
Abu: A bullet
salah email
Seorang lelaki yang sedang bercuti menghantar email kepada isterinya tetapi alamat email telah salah ditaip lalu email tersebut melencong terus kepada seorang wanita yg baru kematian suaminya. Selepas membaca email tersebut wanita tersebut menjerit lalu pengsan....
Nak tau apa ditulisnya.....
"Isteriku sayang segalanya telah disiapkan untuk menunggu kedatanganmu esok...........Ah panas sekali di sini...."
2 comments:
Gud luck for ur final. study kane?
star: kat uitm shah alam....
Post a Comment