Pak Lah vs Donald Trumph

Sunday, October 19, 2008


Donald Trump: Lah, kenapa kamu kalah? 

Pak Lah: Saya pun kurang pasti, semua yang kami rancangkan berjalan 
lancar. Mungkin pasukan lain mempunyai kelebihan dari segi idea dan 
buah fikiran. 

Donald Trump: Siapa yang bertanggungjawab membuat keputusan dalam 
kumpulan ini? 

Pak Lah: Saya. Tetapi yang mencadangkan perkara tersebut ialah Samy 
Vellu. 

Samy Vellu: Memang saya yang mencadangkannya tetapi saya pun tidak 
tahu perkara akan jadi seperti ini. 

Donald Trump: Tapi kamu telah membuat kesilapan yang besar. Siapa 
yang bertanggungjawab dalam promosi? Saya melihat promosi kumpulan 
kamu sangat teruk, sedangkan kumpulan lain menyasarkan kepada 
pelanggan internet. Kamu hanya mempromosi di kaki lima. 

Khairy: Saya yang menguruskan promosi. 

Donald Trump: Apa pula tugas Najib? 

Najib: Saya menguruskan jualan. Bagi saya jualan kami tidak 
menyumbang kepada kekalahan tapi strategi pemasaran. 

Donald Trump: Saya sangat kecewa dengan prestasi kerja kamu, 
terutamanya kamu Samy Vellu. Tetapi sebagai pengurus projek, semua 
tanggungjawab terletak di bahu kamu Lah. Apa pendapat kamu? 

Pak Lah: Saya akuinya dan saya akan mempertingkatkan usaha saya dalam 
tugasan akan datang. Saya akan membuktikan yang saya akan menjadi 
perantis kamu. 

Donald Trump: Baiklah, saya ingin kamu memilih 2 orang untuk dibawa 
ke bilik persidangan. Siapa yang kamu pilih? 

Pak Lah: Najib dan Samy Vellu. 

Donald Trump: Kamu pasti? Kenapa kamu tak memilih Khairy? Bukankah 
Khairy juga melakukan kesalahan dengan pelan promosi yang kurang 
memberangsangkan? 

Pak Lah: Khairy lebih berusaha melakukan tugasannya dengan baik 
berbanding Najib walaupun gagal. 

Najib: Ye kenapa kamu memilih saya? Apa yang telah saya lakukan? 

Pak Lah: Jualan sedikit disebabkan oleh kamu. Itu tidak dapat 
dinafikan. 

Najib: Jualan sedikit kerana promosi oleh Khairy yang tidak sesuai 
dan tidak dapat menarik ramai pelanggan. 

Donald Trump: Sudah, cukup! Lah, kamu tahu yang Khairy dan Samy Vellu 
lebih banyak melakukan kesalahan berbanding Najib. Tetapi kamu tidak 
memilih Samy Vellu. Terlalu banyak kesalahan kumpulan kamu minggu ni. 
Kamu tidak dapat memimpin dengan baik. 

Pak Lah: Tapi.. 

Donald Trump: Lah, terlalu banyak kesilapan minggu ni. 

Pak Lah: Tapi Tuan Donald... saya... 

Donald Trump: Lah... You're fired! Go!