Siti Nurhaleeda

Monday, October 20, 2008

Siti Nurhaleeda, begitulah nama keramat bagi setiap lelaki tak kira yang bujang atau yang dah kawin. Nama itu sentiasa meniti dibibir setiap lelaki jantan di kampung aku. Aku juga sudah hafal nama itu, sudah hafal rupa gadis itu, dan dah beribu kali aku "berdating" dengan Sitidalam mimpiku.

Nama itu jugalah yang telah menjadikan tiga orang sahabat sejati, iaitu Aku, Tapa dan Bidin.Antara Bidin, Tapa dan aku dah tak bertegur sapa lagi. Masing-masing bawa hal sendiri. Semuanya kerana kehadiran pembantu kedai makan Pak Dol yang cun itu, Siti Nurhaleeda. Bahkan bukan tiga sahabat itu saja, malah hampir kesemua orang kampung tak nak bertegur kerana melayan perasaan terhadap Siti.

Begitulah bertuahnya siti.Lenggok siti dipandang, Body Siti tak puas mata memandang.

Bagi kaum ibu pula merasa merasa runsing dengan kehadiran siti. Mereka takut bermadukan Siti. Maka tak kuranglah pula suri rumah yang mula pasang badan semula untuk menambat kembali hati suami mereka.Suami pula dilayan sebaik mungkin agar suami lekat di rumah. Kalau boleh gam cap gajah nak dilekatkan dibuntut suami agar suami tidak keluar rumah.

Begitulah kesannya tentang kehadiran Siti. Sehinggalah suatu hari, seorang lelaki berbadan sasa datang kekampung, diwarong pak Dol, ia terhenti. Mungkin dia terpegun dengan suasanadalam kedai yang penuh dengan umat manusia laksana ada kenduri. Aku pada ketika itu sedang menikmati Kopi O yang dihantar oleh buah hatiku,Siti.kalau boleh nak kuhabiskan sekali tegok saja, tapi apakan daya kopi tu panas. kalau tak bolehlah aku order lagi sambil menatap wajah ayuSiti.

"boleh aku duduk sini?" lelaki itu bertanya kepadaku.

"silakan " jawabku ringkas sambil menjeling kepada pemuda tersebut. Kalau nak banding dengan aku, ternyata dia lebih hensem dari aku.

"Saudara nak minum apa?"aku bertindak sebagai pelayan pula,takut aku kalau nanti kalau siti datang menanya dia tergoda pulak dengan kehenseman pemuda tersebut.

"Teh Tarik" jawab pemuda itu ringkas. Aku bergegas mencari siti di dapur untuk menyatakan hajat pemuda itu nak minum air teh.

Pemuda itu memperkenalkan dirinya sebagai Saiful dan menceritakan
tujuannya datang kekampung ini untuk mencari adiknya.Belum pun sempat aku menanya tentang adik saiful, Siti datang melenggok menghantar teh.
Kelihatan siti agak terkejut memandang Saiful dan cawan teh jatuhberderai ke lantai.

"ooooo, sini ko rupanya, "Jerkah saiful.

Siti terketar melarikan diri ke Dapur.Orang ramai pula tertumpu ke meja aku dan Saiful. Ada yang memandang tak berkedip mata kearah Saiful dan ada yang menggenggam penumbuk. Maklumlah buah hati di usik orang. Masing-masing nak tunjuk Hero.

Saiful menenangkan keadaan dan berkata yang Siti itu adalah adiknya. Aku tersenyum bangga kerana akulah lelaki pertama berkenalan dengan abang Siti, mesti saham aku naik. Tapa dan bidin memandang kearah aku, mungkin sedikit kecewa kerana aku mendahului mereka mengenali abang siti.

Tanpa segan silu aku membahasakan diri sebagai adik dan memanggil saiful abang dan menyatakan hasrat aku untuk menyunting Siti.

Jawapan Ringkas dari saiful ini membuatkan aku rasa bagai dihempap pokok ketapang, malah aku yakin seluruh penduduk kampung lelaki berperasaan demikian.

"Ko nak jadi umat nabi Luth ker? Siti tu sebenornya jantan, nama dia Leman, tapi suka jadi pompuan. "Begitulah kata kata keramat yang mempunyai unsur sihir yang menyebabkan semua penduduk kampung seakan menjadi batu. Semuanya terkedu, semua harapan hancur bagai kaca terhempas ke batu!

0 comments: