pengakuan liana...
Monday, October 27, 2008
"Sungguh memalukan!!"
"Maafkan saya bapak, sa..saya..saya menyesal!", Liana terisak-isak di hadapan bapaknya.
"Menyesal???? Dah terlambat! Kau tahu tak? Nama keluarga kita dah tercemar! ... belum pernah keturunan kita kena macam nie? Kau tahu tak!" herdik bapak Liana.
"Sudahlah bang", mak Liana menyampok, "Kita bincangkan sekeluarga."
"Nak bincang aper lagi? ...anak awak nie dah mengaku...... issshhh......." balas bapanya sambil memalingkan mukanya ke arah pokok di luar.
Liana betul betul menyesal dgn pengakuannya itu... kalau dia tahu bapaknya jadi camnie dia diam je... toksah mengaku lagi baik. Seluruh hidupnya seakan-akan runtuh di depan matanya, masa depan dia
gelap? ... dia telah mencemarkan nama baik keluarga dan keturunannya. Dia tahu masyarakatnya tidak akan dapat menerima dia lagi. Dia tahu keluarganya dah kecewa. What a letdown? (Sigh).
Di satu pagi yg hening dia keluar berjalan ke arah satu bangunan pencakar langit yg tinggi. Perlahan-lahan dia menaiki tangga sampai ke atas bumbung bangunan itu. Dia memandang ke bawah... dia lihat kereta dan org ramai bersepah kat bawah macam semut-semut yg baru kena spray dgn Baygon. Liana dah nekad apa terjadi.... jadilah..... Dia dah memalukan keluarganya, dia mencemarkan keturunannya, bapanya tidak mahu menerima atas kelemahannya itu.
Liana tebayangkan wajah maknya, air matanya menitis. Emaknya lah tempat dia bermanja, emaknya la yg akan meyelimutkan dikala sejuk, menyuapkan dikala lapar, wajah adik-beradik kembarnya juga terbayang dimata. Sambil mengesat airmatanya, dia menarik nafas panjang... berjalan kehadapan hingga ke hujung bangunan itu. Setapak demi setapak dia melangkah ke hadapan hingga dirinya terjatuh melayang ke bawah... dia dapat rasakan angin yg begitu deras memukul mukanya... jantungnya berdegup pantas bila dia melihat bumi semakin dekat..... dgn satu tarikan nafas yg dalam, Liana mengembangkan sayapnya, SWOOOOOSSSSHHHHHHHHH!!!........ dia terbang???.
"Yessss! Yessss! Yessssssssssssssss! I've made it!!!!!", dia memekik keriangan.
0 comments:
Post a Comment