5 + 5 = 11???

Saturday, January 10, 2009

Sani murid tahun 2 yang agak lembab dan suka menyendiri. Cikgu yang paling dia takut ialah Cikgu Kumar, guru matematik sekolahnya. Dengar suara Sir Kumar menengking rasa nak terkencing.

Suatu hari Sir Kumar memulakan kelas dengan menguji kecekapan congak anak muridnya. Semua murid berdiri dan kalau tak dapat jawab, berdiri atas kerusi. Semua murid mesti jawab spontan.. tak boleh kira..

Bila tiba giliran Sani, Sir Kumar menengking 5 + 5 berapa? Cepat!!!!!. Sani cuba mengira secara sorok. Dia memasukkan kedua-dua tangannya dalam poket seluar. Bergerak-gerak seluarnya kerana menghitung… rasa nak terkencing pun ada sebab takut… Sir Kumar senyum melihat telatah Sani. Cepat Sani.. 5 + 5 berapa.. 11 cikgu…

Sir Kumar senggih sambil keluar kelas… .

2 comments:

Anis Mohd March 7, 2009 at 3:07 PM  

kena ulang 4 kali ..
br phm napa jd 11..
huhuhuhhhh

ajai arif March 7, 2009 at 11:31 PM  

alaa.....buat buat tak paham pulak....-_-"