ambik gambar???

Thursday, February 26, 2009

Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan
rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan
Imigresen supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya.

Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Chot naik
dan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambil keputusan untuk
berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di
kedai tadi.

Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepas gambarnya itu lalu jatuh
ke bawah tempat duduk penumpang. Chot tunduk dan mencari gambarnya itu
tadi. Bila dia nampak gambar tadi berada di bawah tempat duduk seorang
penumpang,

Chot berkata, 'Kak... Boleh tolong angkat sikit kain yang akak pakai tu
tak? Saya nak ambik gambar...'