Cikgu Berahim dan Man Dol

Tuesday, February 24, 2009

Cikgu Berahim sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Berahim akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal.

Cikgu Berahim asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu Berahim menyergah muridnya yang bernama Man Dol.

"Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah".

"Oh Cikgu Berahim, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti. Takkan nak kayuh jugak.

* * * * *

Waktu sekolah telah tamat, sebelum keluar kelas, Cikgu Berahim telah bertanya kpd murid²nya.

Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga?

Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Dol lalu Cikgu Berahim pun bertanya,

Cikgu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?

Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana.


* * * * *

Cikgu Berahim sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...

Cikgu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?

Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek di dapur.

Cikgu : Mana tepungnya??

Man : Tepong kan kat dalam kek tu.... Cikgu nie tak sekolah ke hape??


* * * * *

Seperti biasa, Cikgu Berahim nie mengajar pelajar di Sekolah Agama. Cikgu Berahim mengajar budak tahun satu. Pada hari tersebut, beliau mengajar bab cara berwudhuk.

"Selepas mengajar, beliau (Cikgu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.

Cikgu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?

Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Dol.

Man Dol: Ada Cikgu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?

Cikgu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?

Man Dol: Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare!

Cikgu : Allahhuakbarr! !!


* * * * *

Cikgu Berahim : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?

Joe : Untuk mencari makanan, cikgu!

Cikgu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?

Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu!

Cikgu Berahim : Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun pisang?

Man Dol : untuk membungkus nasi lemak, cikgu!

Cikgu Berahim : uii... lagi bagus.... berdiri atas meja sampai habis kelas..

0 comments: