siti nurhaliza madukan datuk k????
Thursday, October 30, 2008
suke lak aku letak aksi artis yang lawak sekarang nih....tengok gambar dibawah....siti dah main kayu tiga yee...nakal sungguh.....pak cik tu muke extreme excited giler....hehehe
suke lak aku letak aksi artis yang lawak sekarang nih....tengok gambar dibawah....siti dah main kayu tiga yee...nakal sungguh.....pak cik tu muke extreme excited giler....hehehe
nih gambar waktu rita rudaini hadir menonton perlawanan bola sepak antara selangor versus ....(tak tau)....cube tengok muke mamat stim tuh...hehehe...lawak tak???(gambar ehsan OhBulan)
kepada pembaca blog ini...sesku sedang pekse final exam so kene lah stadi...jadi post lawak mungkin akan kurang la dlm 2/3 minggu.....doakan sesku agar sakses...ok layanlah 3 lawak terbaru ini.......
pak pandir dan henpon
Pada suatu hari,ada seorang yang kaya raya tapi buta teknologi
namanya Pak Pandir, datang ke Kuala Lumpur. Ia berasal dari sebuah
daerah yang sangat terpencil jauh di dalam hutan. Ia datang ke
sebuah kedai handphone. "Saya mahu beli handphone yang paling baru,
mahal dan canggih", katanya dengan nada sombong. "Ini encik,
handphone yang encik inginkan...tapi wang encik cukup ke?", tanya
pemilik kedai tidak yakin.
"Ini duit tiga ribu", jawab Pak Pandir. "Tapi handphonenya tak boleh
hidup pun?" marah Pak Pandir. "Oh, encik perlu beli sim card ...
baru boleh guna". "Saya beli sim cardnya" jawab Pak Pandir. Tak lama
kemudian, urusan mereka pun selesai dan Pak Pandir kembali ke
kampungnya.
Sesampai di kampung, handphonenya tak boleh digunakan, Pak Pandir
rasa marah dan segera pergi ke Kuala Lumpur semula.
"Awak tipu saya ya!!!Handphone saya tak boleh buat
panggilan!!!!!!!!!!" marah Pak Pandir. "Oooooo......mungkin tak ada
signal encik".
"Saya beli signalnya sekali. Kalau jual handphone jangan lupa jual
signalnya sekali"
anak kerbau
Seorang guru bahasa inggeris sedang menyoal Abu.
Guru: If the young of a pig called piglet, what is the
young of a bull called?
Abu: A bullet
salah email
Seorang lelaki yang sedang bercuti menghantar email kepada isterinya tetapi alamat email telah salah ditaip lalu email tersebut melencong terus kepada seorang wanita yg baru kematian suaminya. Selepas membaca email tersebut wanita tersebut menjerit lalu pengsan....
Nak tau apa ditulisnya.....
"Isteriku sayang segalanya telah disiapkan untuk menunggu kedatanganmu esok...........Ah panas sekali di sini...."
"Sungguh memalukan!!"
"Maafkan saya bapak, sa..saya..saya menyesal!", Liana terisak-isak di hadapan bapaknya.
"Menyesal???? Dah terlambat! Kau tahu tak? Nama keluarga kita dah tercemar! ... belum pernah keturunan kita kena macam nie? Kau tahu tak!" herdik bapak Liana.
"Sudahlah bang", mak Liana menyampok, "Kita bincangkan sekeluarga."
"Nak bincang aper lagi? ...anak awak nie dah mengaku...... issshhh......." balas bapanya sambil memalingkan mukanya ke arah pokok di luar.
Liana betul betul menyesal dgn pengakuannya itu... kalau dia tahu bapaknya jadi camnie dia diam je... toksah mengaku lagi baik. Seluruh hidupnya seakan-akan runtuh di depan matanya, masa depan dia
gelap? ... dia telah mencemarkan nama baik keluarga dan keturunannya. Dia tahu masyarakatnya tidak akan dapat menerima dia lagi. Dia tahu keluarganya dah kecewa. What a letdown? (Sigh).
Di satu pagi yg hening dia keluar berjalan ke arah satu bangunan pencakar langit yg tinggi. Perlahan-lahan dia menaiki tangga sampai ke atas bumbung bangunan itu. Dia memandang ke bawah... dia lihat kereta dan org ramai bersepah kat bawah macam semut-semut yg baru kena spray dgn Baygon. Liana dah nekad apa terjadi.... jadilah..... Dia dah memalukan keluarganya, dia mencemarkan keturunannya, bapanya tidak mahu menerima atas kelemahannya itu.
Liana tebayangkan wajah maknya, air matanya menitis. Emaknya lah tempat dia bermanja, emaknya la yg akan meyelimutkan dikala sejuk, menyuapkan dikala lapar, wajah adik-beradik kembarnya juga terbayang dimata. Sambil mengesat airmatanya, dia menarik nafas panjang... berjalan kehadapan hingga ke hujung bangunan itu. Setapak demi setapak dia melangkah ke hadapan hingga dirinya terjatuh melayang ke bawah... dia dapat rasakan angin yg begitu deras memukul mukanya... jantungnya berdegup pantas bila dia melihat bumi semakin dekat..... dgn satu tarikan nafas yg dalam, Liana mengembangkan sayapnya, SWOOOOOSSSSHHHHHHHHH!!!........ dia terbang???.
"Yessss! Yessss! Yessssssssssssssss! I've made it!!!!!", dia memekik keriangan.
Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan... pemain-pemain bolasepak Kg. Pandan
dirundung rasa malu yang amat sangat.
Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang.
Hashim yang menyamar sebagai koboi.. berjalan-jalan ke kedai di kampungnya... Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.. "Hey Hashim..."
Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang... dia segera mengubah penyamarannya... kali ini sebagai Syeikh Arab....
Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang... Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek....
Dalam hatinya berkata.. Dia takkan mengenali aku lagi.."
Tiba-tiba nenek berkata " Hey Hashim"
Kerana kehairanan yang amat sangat...
"Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?"
Nenek itu menjawab..
"La engkau ni... ini aku la... Roslan!"
name aku Minah
aku ade balak
name balak aku Mat
kitorang dah lame kenal
dah lama saling sayang menyayang
kalo lepak same2 pon kadang2 dah naik bosan
tapi satu hari tu
kitorang keluar laa jalan2 macam biase
tapi aku terase lain macam sket
si Mat bawak aku pegi kedai emas
die nak beli cincin
hadiah untuk kakak die katenye
lpas tu die bawak pegi kedai baju pengantin
nak usha2 baju utk kakak die jugak katenye
aku pon ikut je laaa
tapi si Mat beriyer tanye aku yang mane yang aku
paling suka
lpas tu, kitorang pegi kedai bunga
Mat beli sejambak bunga ros merah
pun untuk kakak die jugak katenye
aku pon malas laa nak tanye banyak2
same je jawapan die dari tadi
tak lama lpas beli bunga tuh
tibe2 Mat berenti..
die berdiri tegak memandang ke arah aku..
mukanya agak kemerahan
panas kot
tapi die senyum2..
dan tunduk memandang kasut sendiri
tibe2 die 'go down on one knee'
maka secara automatik aku pon teringat laa lagu
avril
"i want to see you go down on one knee..marry
Me today..."
Mat memanggil nameku..
"Minah..."
sambil menghulurkan cincin dan bunga ros tadi
aku terdiam....
aku terpaku di situ...
perasaanku mula bergelora
sudah terbayang pelamin indah tempat kami
bersanding
tiba2 terbayang keluarga dan anak2
tanggungjawab yang berat terhadap keluarga
sudah bersediakah aku...?
tetapi aku gembira
dalam tak sedar, airmataku mengalir perlahan di
pipi
Mat masih tunduk...
die memanggil namaku lagi skali
"Minah..."
dalam tangisan kegembiraan aku menoleh ke
arah Mat
dan pada masa yang sama juga Mat mendongak
memandang ke arahku
mata bertentang mata..
Mat bersuara...
"Laaaa..ni apsal nangis2 nih?? Tetibe je..gile
ape??
Dah laaa orang panggil banyak kali tak jawab..
tolong laaa pegang bende2 ni jap..aku nak ikat
tali kasut nih..cepat laaa..panas
nih..ishhhh..susah btol orang sentimental nih..."
Dan aku pon meraung bagai nak gile
malunye aku
hampeh ko Mat..bile nak masuk minang nih..??
aku ditag oleh insidetin......
[1] Bekas kekasih saya adalah :
saya takde awek...single mingle lagi....
[2] Saya sedang mendengar :
jesnita by exist
[3]Mungkin saya patut :
tido sebab sekarang dah pukul 4.30 pagi..ngantuk weyh...
[4]Saya suka :
makan....tido...makan....hehehe(bukan favorite sume org ker??)
[5]Sahabat-sahabat baik saya :
tahu sape diri saya yg sebenar....
[6]Saya tak paham :
soklan nih...tak paham ape??tak jelas lah....
[7] Saya kehilangan :
satu helai nota strength2 yang agak2 penting...
[8] Ramai yang berkata :
nih satu lagi soklan yang saya tak paham maksud nyer...
[9] Makna nama saya :
yang "membahagi bahagikan"..yekot...lupe arr
[10] Cinta itu adalah:
love is cinta..so cinta adalah.......
[11] Di suatu tempat, seseorang sedang :
buat sesuatu???
[12] Saya akan cuba :
berlari lari anak menuju ke pusat sumber sambil berguling guling(nih merapu jer)
[13] Ayat SELAMANYA membawa maksud :
blues selamanya.....
[14] Telefon bimbit saya :
yg lame telah berenang dlm lubang jamban dengan riang nyer....
[15] Bila saya terjaga dari tidur :
saya bukak mata dulu...
[16] Saya paling meluat apabila :
tengok minah gedik2.....
[17] Pesta/Parti adalah :
besh....walaupun saya jarang menghadirinyer...
[18]Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
kerbau...comel ker???
[19]Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
12-17 tahun...hidup happy gler...
[20]Hari ini :
Hari khamis 23 oct 08
[21]Malam ini saya akan :
tido..zzzz
[22]Esok pula saya akan :
gi test strength 2...
[23]Saya betul2 inginkan :
rehat yg cukup....penat nak mampus....
[24]Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
tak hemsem langsung aku nih...
[25]Pusat membeli-belah atau arked permainan :
arked permainan...leh main daytona...tak pon wrestling lengan dgn robocop...
[26]Makanan Barat atau Jepun :
jepun...sebab tak penah try lagik...
[27]Bilik yang terang atau gelap :
terang gelap....
[28]Makanan segera adalah :
sedap dimakan mudah dimasak..tapi semakin mahal...
[29]Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
Baim..bayarlah....
[30] Adakah anda ingin panjangkan TAG ini??
tak....
[34]Nak kongsi benda nih ngan
tanak kongsi..malas...
Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas.
Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku .
Katanya : “ saya adalah yang paling malas”
Raja pun bertanya : “apa tahap malas awak? ”
Lalu jawab lelaki tersebut : “ kalau saya hendak makan, ada orang yang menyuapkan saya ” .
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : “ Saya lebih malas lagi dari dia tuanku ” .
Tuanku pun bertanya kepadanya : “ sampai mana pulak tahap malas awak?”
maka jawabnya : “ Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan ”.
Maka raja pun terdiam…
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata :
“ saya adalah yang paling malas tuanku”.
Raja pun bertanya, : “ bagaimana pula tahap kemalasan awak?”
budak itu pun menjawab : “ Nak cite pun malas”......
Trimas kepada cikyuyu kerana meanugerahkan award yang best ini...walaupun award ini tidak sebest title datuk yang SRK dpt....tapi saya tetap bersyukur.....
3 SAHABAT YANG MALANG
3 orang kawan, Raja,Raju,Rajo…
tinggal di sebuah flet 60 tingkat..
pada suatu hari,
lif rosak… maka kena la pakai tangga..
Raja mencadangkan mereka bertiga menceritakan kisah yang sedih..
untuk menghilangkan penat..
Raja Start dulu..
“ketika aku didalam kandungan lagi.. bapa ku telah pergi meniggalkan ku..
buat selame lamenye..”
sedar2 mereke dah berade di tingkat 30..
Raju lak sambung..
“mak aku mati ketika melahir kan aku.. aku berase bersalah..”
mereke skrang berada di tingkat 50..
Rajo lak sambung..
“Tu tak bape sedih.. yang paling sedihnye.. cerite aku ni…
sebenarnye……
kunci rumah…
tertinggal kat dalam kerete..”
mereke skrang berade di tingkat 60…
Tanpe berfikir panjang..
Raja dan Raju terus mencampak Rajo ke luar flet..
Cewek: “Apakah kau rela kalau aku pergi?”
Teruna: “Tentu Tidak! Jangan sesekali kau berpikiran seperti itu.
Dara: “Apakah kau mencintaiku?”
Teruna: “Tentu! Selamanya akan tetap begitu.”
Teruna: “Tidak! Aku tak akan sesekali melakukan hal seburuk itu.”
Teruna: “Ya…”
Dara: “Sayangku… Sesudah 5 tahun nikah…”
artikel ini drpd http://unspokenlyrics.blogspot.com
I've got a request from one of my blog readers to write on how a fat guy could get some girls. Well, it's my 1st time that I received a request from anyone, and I'm really flattered. So I've took some serious consideration bout it, and managed to think of some tips. Although these are only some opinions of my own, I hope it'll help, or at least if it don't, it won't make things worst. =)
What do the girls think?
artikel di atas drpd http://unspokenlyrics.blogspot.com
Seorang mahasiswa menulis surat kepada ayahnya yang berbunyi begini.
Ayah,
Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada
ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin
meminta wang sebanyak RM1000 daripada ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.
Salam dari anakanda,
Sarip.
P/s: Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya
cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.
Dari Ayahmu.
nih aku kumpul tiga cerita lawak...maleh lak nak post satu satu...enjoy ok!!!
Isteri kerek..
Pada suatu hari, hendak terjadi hal, si suami terlupa akan birthday isterinya. Si isteri terkilan dan esoknya isteri x gosok baju suaminya, x sediakan bfast & x salam suami dier. Suaminyer plak rasa terkilan
Kirenyer diorg gado sampai lebih seminggu dah, & si suami tu pon amek pendekatan bengong, die x cakap ngan isterinyer dah tp berkomunikasi secara note je. Die tulis atas kertas, die bg isteri die bace.
N satu mlm, suami tu tulis note kat isteri dier, 'YANG, TLG KEJUT ABG KUL 6.30 PG YER, ADE MESYUARAT TERGEMPAR SOK'. Isteri die menganguk..
Kringg!!! Kringg!! Kring!! Bunyi alarm bunyi. suami tu pon bangun, die tgk jam, dah kul 9.00 pg. Dgn tensennyer die kalih ke sebelah, isteri die xde, tapi ada kertas atas katil, die amek lalu bace.. 'BANG, BANGUNLAR BANG, DAH 6.30 PG NI, NANTI LEWAT. BANG, BANGUNLAR..'
Suami pon bermonolog dalaman pada dirinya 'ampeh...'
Masih lagi Sayang
Kamal diundang kawannya makan malam.
Mizal si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata-kata Sayang...
Manis... Cintaku... Sayangku...
Kasihku... dan seumpamanya.
Kamal memandang Mizal dan
berkata,"Romantis sekali, setelah berpuluh tahun
menikah, kau tetap memanggil isterimu dgn kata-kata
itu."
Mizal mengangkat bahu dan berbisik,"Sebenarnya,
aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."
ADIK MAT
Dalam kelas, cikgu tadika tanya soalan, "Ada3 ekor
burung di atas pokok. Seekor ditembak pemburu, berapa
ekor lagi tinggal di atas pokok?"
Adik Mat angkat tangan dan jawab, "Kosong cikgu".
"Kenapa kosong Mat?" tanya cikgu.
"Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu."
"Salah! Jawapannya tentulah 2 Mat, 3 tolak 1 sama
dengan 2. Tapi cikgu suka cara kamu berfikir".
Sehabis kelas, Cikgu belanja Adik Mat makan aiskrim.
Adik Mat tetiba bertanya, "Cikgu, ada 3 orang
perempuan makan aiskrim. Satu tu style telan semua
sekaligus, satu lagi gigit sikit2, dan satu lagi jilat
keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Cuma
satu je antara tiga tu yang dah kawin, yang mana satu
cikgu?"
Tergamam cikgu dengan soalan Adik Mat.Cubaberlagak
neutral cikgu menjawab, "Yang jilat keliling dulu dan
kulum aiskrim sampai habis tu kot".
"Salah cikgu, yang pakai cincin kahwin laa yang dah
kahwin. Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir
artikel ini daripada isuhangat.blogspot.com
"Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat. Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.
1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ¡kegebuan¢ leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.
2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ¡gebu¢ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.
3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?
4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ¡kain koyak¢ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ¡kegebuan¢ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.
5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!
6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.
7. Ada perempuan bertudung, merendek pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.
8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.
Syahwat Lelaki
Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.
Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.
Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.
Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.
Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.
Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.
Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama.
HENDAK SERIBU DAYA..TAKNAK SERIBU DALIH.....
PANDAI-PANDAI LAH NANTI MENJAWAB DAN BERDALIH DIHADAPAN ALLAH....Tak takut ker???
Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah. Tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.
Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang...Lelaki buaya darat...Lelaki mengganggu..Lelaki sexual harashment.....Sape suruh buat-buat suara manja?? Sape suruh ??? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai??? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel....Sape yang cakap tu??
wallahua'lam
"
Korang pkir yg kerja korang tuh tak best sangat...korang patut pkir balik...kalo la korang kerja cam gambar at bawah nih.....(ehsan www.blalang.com)
Kisah terjadi sewaktu aku dan Razman dlm perjalanan pulang dari Kelantan ke Kuala Lumpur. Kereta yang aku pandu meluncur laju merentas highwayyg Gua Musang ketika itu lengang..(Pesanan Penaja: kalau boleh, jgn drive sorang2 kat area nih!)
Jam ditangan menunjukkan pukul 9 malam, kami singgah di Perhentian R & R untuk berehat dan makan malam. Selepas makan kami meneruskan perjalanan yang ternyata masih jauh lagi. Sepanjang perjalanan, aku lihat Razman kelihatan mendiamkan diri sahaja.
Kemudian aku bersuara " eh Man? senyap je..asal? kenyang sangat ke?"
Razman masih mendiamkan diri.... aku semakin suspen...(kenape dia nih?) kataku dlm hati...
Razman bersuara secara tiba-tiba...
" Is,.. kalau aku cerita seram sikit, agaknya2 kau takut tak?" tanya Razman sambil memalingkan mukanya tepat kearah aku. Serius benar wajahnya...dia
nih..lain aku tanya..lain pulak dia jawab.
"Errrr... cerita hantu ke??? eh..he..he..he... apasal tetiba je nih? citer lain takde ke? " tanya aku kehairanan, dlm hati cuak ju ak.
" takdelah..cuma, tempat kita berhenti tadi, reminds me abt satu story yg my cousin cerita kat aku dulu....." jawabnya.
"oo..kisah benar ke? ermmm.. ok..ok.. citerlah..tak takut.. eh jap..jap..aku tutup radio" kata aku sambil menekan off pada butang radio.
"... tadi kita berhenti kan...ko perasan tak ade satu parking space yg gelap tuh?"
"OoOooo... ..ok.... .so?"
" Dulu,.. cousin aku penah cerita,.. dalam pukul 2 pagi mcm tu,adalah sorang lelaki yg park kereta dia kat situ sbb mengantuk sangat.Actually, memula dia
takut jugak, sbb dia drive sorang2, tapi masa dia memula park, adalah dlm 2-3 buah kereta lagik kat situ, so,kira adelah org jugak, takdelah seram sangat.
Jadi dia pun tidolah...
........ setelah beberapa jam selepas itu, dia terjaga. Suasan senyap sunyi.. Dia memandang kekiri dan kekanan, tiada satu orang pun disitu. Ternyatalah
tinggal keretanya sahaja yang berada dikawasan gelap tersebut.."
Razman bercerita, aku kusyuk mendengarnya. Kemudian Razman menyambung lagi sambil menyalakan sebatang rokoknya.
" ... Kemudian, setelah mendapati dia tinggal seorang, hati lelaki itu mula rasa tak sedap, terus dia menghidupkan enjin keretanya. Tetapi ntah mcm mana,
kerana panik yang amat sangat, lelaki ini terasa mahu membuang air kecil pulak. Walaupun dia cuba memujuk dirinya utk bertahan hingga ke tempat lain, tetapi ternyata dia mmg tak boleh tahan...
Walaupun kakinya terasa berat utk keluar dari keretanya, tetapi dia gagahi juga..., angin diawal pagi meniup dingin.......terlalu dingin sehinggakan dia berpeluk tubuh. Lelaki itu kemudian berjalan ke arah tandas yang kurang 10 meter dari keretanya.....
Sedang dia berjalan, dia samar-samar terdengar bunyi tapak kaki dibelakangnya. Bulu romanya berdiri tegak, bunyi itu semakin kuat, seakan-akan mengekorinya.Lelaki itu menoleh......tapi....tiada siapa di belakangnya...
Dia meneruskan perjalanan.. bunyi tapak kaki kedengaran lagi.
Bunyinya tidak seperti bunyi tapak kaki manusia..... kelekuk... kelekuk... kelekuk.....
...seperti kuda. lelaki itu mula panik, terkumat kamit bibir lelaki itu membaca sesuatu... badannya mula seram sejuk.....
tiba-tiba..satu gugusan angin tiba-tiba menerpa menghembus ke mukanya....bunyi hentakan tapak semakin kuat, lelaki itu memberanikan diri untuk menoleh belakang sekali lagi.
Mahunya dia terpengsan melihat kelibat makhluk berbadan kambing berkepala manusia dibelakangnya. Wajah makhluk sungguh pucat merenung tepat
kearahnya... biji matanya berlendir ,.... mulutnya seakan terbuka, kelihatan darah menitis-nitis dari mulut makhluk itu tanpa henti, matanya merah berair,
... rambutnya panjang mengurai.....kulitnya mengelupas bernanah....
lelaki itu mahu menjerit,tetapi mulutnya seakan-akan dikunci...
Makhluk itu menghampiri dirinya...setapak demi setapak dia melangkah ....kakinya itu tidak dapat berganjak... dirinya bagai dipukau, tubuhnya tidak
dapat bergerak..., keringat sejuk mula membasahi pipinya, dia yakin makhluk itu akan membunuhnya.....
Makhluk itu semakin mendekatinya...kedengaran dengusan nafas yg sungguh menggerunkan.... .lutut lelaki itu bergetar....
Dengan pandangan yg tajam, makhluk itu membuka mulut
dan bersuara,......
DIMANA DIA ANAK KAMBING SAYA.....
ANAK KAMBING SAYA ADA DIDALAM GUA.....
DIMANA DIA BUAH HATI SAYA....
BUAH HATI SAYA,DAH KAHWIN ORANG KAYA.........
ooohhhhhhHHHHH..CHAN MALI CHAN!" CHAN MALI CHAN! CHAN
MALI CHAN! CHAN MALI CHAN! KETIPONG PAYONG
"Oi! Oi!" (ader suara background lagik.....)
"CHAN MALI CHAN!" "Oi Oi "CHAN MALI CHAN!
KETIPONNNNGGGG PAYONGGGGG...oooOOOOHHHH"
Everybody!...let's sing together!!!!!!! CHAN MALI CHAN
OI OI CHAN MALI CHAN OI OI CHAN MALI CHAN KETIPONGGGGG
PAYONG.....
Everybody..c'mon!... clap your hand!... CHAN MALI CHAN
OI
OI CHAN MALI CHAN OI OI CHAN MALI CHAN KETIPONGGGGG PAYOOOOOONGGGGG!...
kehkehkeh....aku pun terkena juga....